Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

4 Rahsia Pelaburan Hartanah Yang Perlu Kita Tahu

| Buletin Hartanah | August 20, 2014


4 rahsia pelaburan hartanah, rahsia pelaburan hartanah tanpa modal, rahsia pelaburan hartanah bagi pendapatan kecil, pelaburan hartanah tanpa modal, pelaburan hartnah malaysia

Rahsia Pelaburan Hartanah

Bagaimana menentukan kejayaan setiap pelaburan anda itu menguntungkan, terutama dalam hartanah? Terdapat empat faktor yang jika dilakukan bakal mendorong kepada kejayaan pelaburan hartanah seseorang.

Majoriti daripada kita mengetahui yang kekayaan atau kesenangan hidup mampu diperoleh menerusi pelaburan hartanah. Malah, sejak zaman nenek moyang kita lagi kita telah dimomokkan dengan tanggapan, orang paling kaya di dalam sesebuah kampung adalah dari kalangan mereka yang mempunyai berelong-relong tanah dan beberapa deretan rumah.

Penanda aras itu masih lagi sinonim dengan status simbol kekayaan. Justeru, semakin ramai dari kalangan kita telah mula membuka mata terhadap subjek hartanah sebagai instrumen pelaburan. Sayangnya, tidak semua yang berjaya.

Ada yang gagal sehingga membawa ke tahap muflis. Semuanya kerana sindrom ‘ikut orang’ yang seakan sinonim dengan masyarakat kini. Persoalannya, apakah rahsia kejayaan pelabur wibawa yang perlu kita praktikkan agar hasil yang diperoleh menyamai dengan pulangan yang mereka miliki dan dari pemerhatian yang telah saya lakukan rata-ratanya menanam empat elemen berikut sebagai rahsia kejayaan pelaburan mereka:

4 Elemen Perlu Diberi Perhatian Untuk Raih Pulangan Maksimum Dalam Pelaburan Hartanah

Matlamat Pelaburan

Pelaburan tanpa matlamat ibarat kapal tanpa nakhoda. Kita tidak akan tahu sama ada pelaburan kita menuju ke arah yang kita ingini kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang ditetapkan. Bagi mereka yang biasa membaca buku bercirikan pelaburan hartanah, pasti mengetahui akan dua matlamat ‘klise’ pelaburan hartanah iaitu:
1. Mendapatkan keuntungan berdasarkan peningkatan nilai hartanah.
2. Memperoleh pendapatan pasif menerusi sewaan hartanah.
Didasarkan kepada matlamat di atas, maka kejayaan setiap pelaburan akan lebih mudah untuk dinilai kerana terdapat tanda aras penentu yang telah ditetapkan sedari awal.

Ilmu Hartanah

Elemen kedua yang turut penting di dalam memastikan kejayaan pelaburan anda ialah memperlengkapkan ilmu hartanah di dalam diri anda dan dewasa ini maklumat berkaitan hartanah amat mudah untuk diperoleh.
Terdapat pelbagai seminar hartanah anjuran pakar pelabur berpengalaman, buku dan e-buku hartanah berbayar yang banyak dikisarkan daripada pengalaman pelabur dan paling tidak pun, maklumat percuma yang boleh didapati di forum dan blog hartanah. Blog penulis, www.abangensem.com juga adalah salah satu blog yang menyediakan maklumat sebegitu.

Strategi & Sistem

Strategi atau sistem di dalam pelaburan hartanah adalah praktikaliti penentu yang bakal memastikan sama ada pelaburan hartanah anda bakal berjaya atau pun tidak. Matlamat yang disulamkan dengan ilmu yang dipelajari tidak akan tercapai tanpa strategi atau sistem yang betul.
Mengambil contoh, jika anda bermatlamatkan hasil pulangan daripada peningkatan nilai hartanah, maka strategi paling berkesan adalah dengan melakukan teknik ‘flipping’ atau ‘beli dan jual balik’ bagi meraih laba yang besar dan teknik ini pula biasanya dikhususkan untuk rumah bertanah, kondominium dan hartanah komersial. Lokasinya pula haruslah di lokasi primer, iaitu bandar yang telah matang yang dihubungkan dengan jalinan lebuh raya dan sistem pengangkutan yang memudahkan pergerakan.Hasil daripada strategi dan sistem sebegini, barulah laba yang besar mudah untuk anda peroleh.

Zakat dan Sedekah

Pada saya, elemen terakhir ini adalah yang maha penting di dalam pelaburan hartanah. Zakat berfungsi bagi membersih dan menyuburkan harta yang kita peroleh kerana setiap harta yang dikurniakan kepada kita, ada bahagiannya yang perlu kita zakatkan untuk keperluan asnaf.
Pada masa yang sama juga, amat perlu untuk kita renungkan ungkapkan, “Apa gunanya limpahan harta yang banyak sekiranya hati tidak tenang”. Oleh itu, selain berzakat, amalan bersedekah mampu menenangkan hati kita, Malah ia turut berfungsi sebagai penyambung pahala kita di alam barzakh kerana mafhum hadis Rasulullah ada menyebut, “Apabila matinya seorang anak Adam, akan terputus segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dikeluarkannya, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” Justeru, jika anda berkeinginan menjadi seorang pelabur hartanah yang berwibawa, tanamkanlah elemen penting di atas dalam diri anda. Insya-Allah, hasilnya nanti pasti tidak akan mengecewakan anda.

Bagi mereka yang ingin membuat pelaburan hartanah untuk memiliki rumah idaman mampu milik klik di sini.

>>Penulis adalah pemilik AE Consultancy Services dan Blogger Hartanah

Sumber: Metro

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox