Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

ANGKASA Sasar Bina 500 Unit Rumah Mampu Milik

| Uncategorized | May 10, 2014


 

ANGKASA Sasar Bina 500 Unit Rumah Mampu Milik

ANGKASA Sasar Bina 500 Unit Rumah Mampu Milik

 
Kuala Lumpur: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui MyAngkasa Bina Sdn Bhd (MABSB) menyasarkan pembinaan 500 unit rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ketika ini terdapat lima lokasi yang dikenal pasti bagi tujuan terbabit iaitu di Johor, Selangor, Kelantan dan Perak (dua lokasi) membabitkan saiz tanah keseluruhan 90.24 hektar milik koperasi di bawah naungan ANGKASA.

“Pada masa ini, lima koperasi terbabit sudah mengajukan cadangan kepada MABSB bagi menjalankan projek pembinaan secara usahasama di tanah masing-masing dan pihak kami sedang dalam proses perbincangan awal untuk menjayakan perkara terbabit,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara MABSB dan Koperasi Pembangunan Daerah Alor Setar Berhad, di sini, semalam.

Berdasarkan data terkini, ANGKASA mengenal pasti kira-kira 3,237 hektar tanah milik ahli koperasi yang berpotensi bagi melaksanakan projek pembangunan hartanah pada masa akan datang.

Beliau berkata, MABSB adalah syarikat yang ditubuhkan ANGKASA bagi menceburi sektor pembangunan hartanah dengan fokus kepada pembinaan rumah mampu milik dan penubuhannya juga dilihat sebagai langkah menyahut seruan kerajaan supaya koperasi terbabit dalam perniagaan berimpak tinggi.

“Sektor pembangunan hartanah adalah salah satu bidang ekonomi yang mencatatkan pertumbuhan paling stabil dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM100 bilion pada setiap tahun,” katanya.

Sumber: Metro

  

640 total views, 1 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox