Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

About Mr. Syahz

Description

Mohd Syahrizal Bin Rahim.
010-2212334

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187
Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban,
Jalan Dato’ Muda Linggi, Negeri Sembilan.
Tel/Fax: 06-7620673

Ads / Latest items listed
rumah untuk dijual, rumah untuk dijual di senawang, rumah untuk dijual di taman cempaka, beli rumah, beli rumah di taman cempaka, beli rumah di senawang, jual rumah, jual rumah di taman cempaka, jual rumah di senawang, house for sale, house fo sale in taman cempaka, house for sale in senawang, taman cempaka, senawang
 

RM249,000

Single Storey, Taman Cempaka, Senawang. (Fasa 4)

 Taman Cempaka, Senawang. Taman Cempaka, Senawang. Price: RM249,000 (nego) Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1400sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Leasehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Keterangan : – Lokasi: Taman Cempaka, Senawang. (Fasa 4) – Berhampiran pasaraya Giant, Senawang. – Berhampiran petrol pum, kedai runcit, surau, & sekolah. – Fully tiles & grill setiap pintu dan tingkap. – 1...

1360 total views, 0 today

Rumah Untuk Dijual Di Sendayan, Negeri Sembilan.
 

RM350,000

Corner Lot, Single Storey, Nusari Bayu 1, Sendayan.

 Nusari Bayu 1, Sendayan. Nusari Bayu 1, Sendayan. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Corner Lot Furnishing: Unfurnish Occupancy: Owner Occupied Land Area: 3800sq.ft. Built Up: 1400sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Bumi Lot ======================= Nusari Bayu 1, Sendayan. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Nusari Bayu 1, Sendayan. – Tanah yang luas 3800sq.ft.. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau...

855 total views, 0 today

 

RM250,000

Bungalow, Single Storey, Rumah Rakyat Panchor, Paroi.

 Rumah Rakyat Panchor. Type: Bungalow Storey: Single Storey Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 4026sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Leasehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Rumah Rakyat Panchor. Rumah Rakyat Panchor. Keterangan :- – Lokasi rumah di Rumah Rakyat Panchor, Paroi.. – Rumah mempunyai kawasan yang luas. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air. – Panorama pandangan rumah yang menarik. - Kejiranan yang tenang, nyaman & selesa. - Pasaraya berdekatan adalah...

824 total views, 0 today

 

RM210,000

End Lot, Single Storey, Taman Bagan Kurnia, Chuah.

 Taman Bagan Kurnia. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: End Lot Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 1400sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Bumi Lot ======================= Taman Bagan Kurnia. Taman Bagan Kurnia. Keterangan :- – Lokasi rumah di Taman Bagan Kurnia, Chuah, PD.. – Rumah berhadapan padang permainan. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air. – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 20 minit ke pekan P.D...

170 total views, 0 today

 

RM125,000

End Lot, Single Storey, Bandar Springhill, Lukut.

 Bandar Springhill. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: End Lot Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 1300sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Bandar Springhill. Bandar Springhill. Keterangan :- – Lokasi rumah di Bandar Springhill, Lukut. – Rumah berhadapan padang permainan. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air. – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 10 minit ke pekan P.Dickso...

648 total views, 0 today

 

RM139,000

Single Storey, Taman Desa PD, Port Dickson.

 Taman Desa PD. Price: RM139,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Desa PD. Taman Desa PD. Keterangan : - Lokasi: Taman Desa PD, Port Dickson. - Rumah berada di Jalan Desa PD 2/5, Port Dickson. – Rumah berhadapan kawasan padang permainan. - Berhampiran kawasan perlancongan Port Dickson. - 15 minit perjalanan ke Port Dic...

205 total views, 0 today

rumah untuk dijual di port dickson, rumah untuk dijual di taman desa pd, jual rumah di port dickson, jual rumah di taman desa pd, taman desa pd, rumah untuk dijual di negeri sembilan, beli rumah di port dickson, beli rumah di taman desa pd, house for sale in seremban, house for sale in port dickson, port dickson
 

RM89,000

Single Storey, Taman Desa PD, Port Dickson.

 Taman Desa PD. Taman Desa PD. Price: RM89,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Desa PD. Keterangan : - Lokasi: Taman Desa PD, Port Dickson. - Rumah berada di Jalan Desa PD 7, Port Dickson. – Rumah menghadap kawasan padang. - Berhampiran kawasan perlancongan Port Dickson. - Berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang. ( Ba...

2005 total views, 0 today

 

RM120,000

Single Storey, Taman Sendayan Indah, Sendayan.

 Taman Sendayan Indah. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Land Area: 1200sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Bumi Lot ======================= Taman Sendayan Indah. Taman Sendayan Indah. Keterangan :- – Lokasi: Taman Sendayan Indah, Sendayan. – Rumah tidak pernah diduduki. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air. – Rumah masih basic dan berkeadaan asal. – 15 minit perjalanan ke bandar Seremban. – 25 minit perjalanan ke P. Dick...

425 total views, 0 today

 

RM110,000

Single Storey, Taman Jasin Height, Jasin.

 Taman Jasin Height. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Land Area: 1400sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Leasehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Jasin Height. Taman Bukit Sendayan. Keterangan : – Lokasi: Taman Jasin Height, Jasin, Melaka. – Rumah tidak pernah diduduki. – Rumah berhadapan padang golf. – Terdapat 3 bilik tidur & 2 bilik air. – Berhampiran kedai, masjid, sekolah & hospital. – 5 minit ke pekan Jasin. – 10...

525 total views, 1 today

 

RM147,000

Single Storey, Taman Bukit Sendayan, Sendayan.

 Taman Bukit Sendayan. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 1300sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Leasehold Other info: Bumi Lot ======================= Taman Bukit Sendayan. Taman Bukit Sendayan. Keterangan : – Lokasi: Jalan Bukit Sendayan 21, Taman Bukit Sendayan, Sendayan. – Rumah berhampiran taman permainan. – Rumah berhampiran surau taman. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – 1...

295 total views, 1 today

taman-bukit-perdana
 

RM97,000

Single Storey, Taman Bukit Perdana, Port Dickson.

 Taman Bukit Perdana. Price: RM97,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Bukit Perdana. Taman Bukit Perdana. Keterangan : - Lokasi: Taman Bukit Perdana, Port Dickson. - Berhampiran kampus Politeknik Port Dickson. - Berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang. ( Batu 8 ) - Berada didalam kawasan perlancongan. - 30 minit perjal...

700 total views, 0 today

 

RM90,000

Single Storey, Taman Desa PD, Port Dickson.

 Taman Desa PD. Price: RM90,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Desa PD. Taman Desa PD. Keterangan : - Lokasi: Taman Desa PD, Port Dickson. - Rumah berada di Jalan Desa PD 7, Port Dickson. – Rumah tidak pernah diduduki. - Berhampiran kawasan perlancongan Port Dickson. - 15 minit perjalanan ke Port Dickson. - 25 mini...

626 total views, 0 today

 

RM99,000

Single Storey, Taman Bukit Perdana, Port Dickson.

 Taman Bukit Perdana. Price: RM99,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Bukit Perdana. Taman Bukit Perdana. Keterangan : - Lokasi: Taman Bukit Perdana, Port Dickson. - Berhampiran kampus Politeknik Port Dickson. - Berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang. ( Batu 8 ) - Berada didalam kawasan perlancongan. - 30 minit perjalana...

607 total views, 1 today

 

RM199,000

Single Storey, Nusari Bayu 1, Sendayan.

 Nusari Bayu 1. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 1400sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Bumi Lot ======================= Nusari Bayu 1. Nusari Bayu 1. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Nusari Bayu 1, Sendayan. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 15 minit perjalanan ke Seremban. – 25 minit perjalanan ke P. Dickson. ...

659 total views, 0 today

 

RM170,000

End Lot, Single Storey, Taman Permai Impian, Seremban.

 Taman Permai Impian. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: End Lot Furnishing: Unfurnished Occupancy: Tenanted Land Area: 1400sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Permai Impian. Taman Permai Impian. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Permai Impian, Sendayan. – Lokasi berhampiran Pusat Bandar Seremban. – Berhampiran dengan Hospital KPJ Seremban. – Tiles & Grille setiap pintu dan tingkap. – Berhampiran dengan kedai. – 4 minit perjala...

688 total views, 0 today

Page 1 of 301 2 3 30
Posts / Recent blog posts
Comments Off on 4 Rahsia Pelaburan Hartanah Yang Perlu Kita Tahu

4 Rahsia Pelaburan Hartanah Yang Perlu Kita Tahu

| Buletin Hartanah | August 20, 2014

4 rahsia pelaburan hartanah, rahsia pelaburan hartanah tanpa modal, rahsia pelaburan hartanah bagi pendapatan kecil, pelaburan hartanah tanpa modal, pelaburan hartnah malaysia

Rahsia Pelaburan Hartanah

Bagaimana menentukan kejayaan setiap pelaburan anda itu menguntungkan, terutama dalam hartanah? Terdapat empat faktor yang jika dilakukan bakal mendorong kepada kejayaan pelaburan hartanah seseorang.

Majoriti daripada kita mengetahui yang kekayaan atau kesenangan hidup mampu diperoleh menerusi pelaburan hartanah. Malah, sejak zaman nenek moyang kita lagi kita telah dimomokkan dengan tanggapan, orang paling kaya di dalam sesebuah kampung adalah dari kalangan mereka yang mempunyai berelong-relong tanah dan beberapa deretan rumah.

Continue reading »

2397 total views, 1 today

Comments Off on Miliki Kediaman Rumah Mampu Milik Ikut Kemampuan

Miliki Kediaman Rumah Mampu Milik Ikut Kemampuan

| Buletin Hartanah | August 18, 2014

rumah mampu milik, miliki rumah, rumah idaman mampu milik

Tips Miliki Rumah Mampu Milik

Setiap keluarga memiliki cara hidup, keperluan dan belanjawan berbeza termasuk mengimpikan sebuah kediaman sendiri, baik besar mahupun kecil.

Namun, kemampuan memilikinya bergantung kepada pendapatan seisi rumah, jika lumayan, pastinya layak mendapatkan kediaman serba mewah, begitu juga sebaliknya.

Continue reading »

2199 total views, 1 today

Generasi Muda Dinasahiti Membuat Pilihan Bijak Apabila Beli Rumah Pertama..!

| Buletin Hartanah | August 17, 2014

Golongan muda mesti membuat pilihan bijak untuk membeli rumah pertama mereka.

Petaling Jaya: LBS Bina Group Berhad (LBS), menasihati pembeli rumah generasi muda agar membuat pilihan yang bijak dalam membeli rumah pertama mereka.

Masa pembelian adalah faktor terpenting sekarang memandangkan nilai hartanah semakin meningkat disebabkan pembangunan yang berlaku di sekitarnya.

Continue reading »

2056 total views, 1 today

Comments Off on Projek Terbengkalai

Projek Terbengkalai

| Buletin Hartanah | August 10, 2014

Projek Terbengkalai

Kuala Lumpur: Memiliki kediaman yang berkualiti adalah perkara penting bagi setiap individu dan apa yang lebih utama semestinya mendapatkan urusan jual beli yang benar-benar muktamad kerana tidak dinafikan dalam proses pembelian hartanah atau kediaman, pasti ada yang kurang bernasib baik sehingga menjadi mangsa projek terbengkalai.

Continue reading »

1194 total views, 1 today

Comments Off on Segera laksana Konsep Bina Rumah Baru Jual

Segera laksana Konsep Bina Rumah Baru Jual

| Buletin Hartanah | August 10, 2014

Segera laksana Konsep Bina Rumah Baru Jual

Kuala Lumpur: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan Malaysia (HBA) menyarankan kerajaan memastikan Konsep Bina Rumah Baru Jual dilaksanakan mulai 2015 bagi melindungi pembeli daripada kes rumah terbengkalai.

Setiausaha Agungnya, Chang Kim Loong berkata, pelaksanaannya akan memberikan penyelesaian holistik kepada pembeli supaya tidak terus menjadi mangsa kegagalan mana-mana projek kediaman.

Continue reading »

1024 total views, 2 today

Comments Off on Projek Manfaat Pembeli Muda

Projek Manfaat Pembeli Muda

| Buletin Hartanah | August 8, 2014

Projek manfaat pembeli muda

GENERASI muda disaran membuat pilihan bijak ketika membeli rumah pertama mereka dengan mengutamakan pembangunan sekitar misalnya pembangunan BSP Skypark di Bandar Saujana Putra (BSP) yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS).

Sejak pelancarannya pada 2003, Bandar Saujana Putra berkembang pesat dan peningkatan nilai hartanah menyebabkan pulangan pelaburan yang positif sekaligus kawasan perbandaran berkenaan memperlihatkan kombinasi yang baik antara jenis hartanah komersil dan kediaman, serta dilengkapi dengan akses yang baik melalui lebuh raya utama seperti LDP, ELITE, Shah Alam, KESAS, SKVE dan Maju Expressway (MEX).

Continue reading »

1064 total views, 1 today

Comments Off on Malaysia Tumpuan Pelabur China

Malaysia Tumpuan Pelabur China

| Buletin Hartanah | August 5, 2014

Malaysia tumpuan pelabur China

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Meskipun kerajaan telah memperkenalkan peraturan harga rumah minimum yang boleh dibeli oleh rakyat asing bermula serendah RM1 juta, peraturan tersebut dilihat tidak dapat menghalang rakyat China untuk terus membeli rumah di sini.

Hal itu dapat diperkukuhkan lagi apabila Malaysia buat pertama kalinya tersenarai di dalam kelompok 10 negara yang menjadi destinasi pilihan rakyat China untuk membeli aset hartanah atau dijadikan rumah kedua mereka, menurut laman web hartanah negara itu, Juwai.

Continue reading »

1040 total views, 1 today

Comments Off on Ramai ‘Terperangkap’ Sebab Tak Faham

Ramai ‘Terperangkap’ Sebab Tak Faham

| Buletin Hartanah | August 4, 2014

pembiyaan perumahan

Kuala Lumpur: Ekuiti rumah sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan salah satu cara untuk menggunakan aset terbabit adalah melalui pembiayaan semula (refinance).

Perunding dan pakar kewangan, Abuayubul Ansari berkata, tidak salah untuk melakukan pembiayaan semula rumah, tetapi perlu memahami konsep dan tujuan asal ia dilakukan.

Katanya, secara umumnya pasaran hartanah di Malaysia meningkat setiap tahun dan peningkatan ini memberi kelebihan kepada pemilik hartanah.

“Sememangnya pembiayaan semula akan memberi lebihan wang tunai hasil peningkatan harga hartanah, namun untuk menggunakannya perlu ada ilmu yang betul kerana banyak yang ‘terperangkap’ berikutan tidak mempunyai pemahaman tepat.

“Paling penting, kita perlu tahu apa tujuan utama kita melakukan pembiayaan semula dan memastikan diri sudah cukup bersedia serta mempunyai kapasiti untuk membuat pembayaran konsisten,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, mereka yang ingin membuat pembiayaan semula kerana ikut-ikutan juga agak berisiko, apatah lagi tidak memahami perkara asas.

Beliau berkata, untuk melakukan pembiayaan semula perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah mengenai pengurusan, pemahaman dan ilmu kewangan.

“Bagi mereka yang membuat pembiayaan semula, lihat, semak dan menstruktur kembali hutang sedia ada yang perlu dilangsaikan serta didahulukan.

“Dapatkan panduan daripada mereka yang berpengalaman dan bina ‘aliran tunai’ yang baik daripada wang pembiayaan semula terbabit. Selain itu, sentiasa kemas kini diri dengan ilmu tidak kira kita mahu terbabit dalam hartanah, perniagaan atau pelaburan,” katanya yang juga dikenali sebagai Abang Abu.

Sumber: Metro

1052 total views, 0 today

Comments Off on Fahami Dulu Risiko

Fahami Dulu Risiko

| Buletin Hartanah | August 3, 2014

risiko

Kuala Lumpur: Orang ramai tidak perlu risau untuk memohon pembiayaan semula perumahan kerana pelaksanaan bagi kemudahan kewangan ini adalah tertakluk kepada syarat sama yang diguna pakai oleh setiap bank.

Ketua Jabatan Pengeluaran Bank Simpanan Nasional (BSN) Akhsan Zaini berkata, mekanisme pembiayaan itu lazimnya dilakukan berdasarkan garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM) dan penilaian semula nilai hartanah yang dilakukan panel penilai lantikan oleh pihak bank.

“Pembiayaan semula perumahan memang diakui membawa manfaat dan faedah kepada pihak bank selaras dengan risiko yang bakal ditanggung oleh pihak sama,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, pembiayaan ini tidak terlalu mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kerana secara keseluruhan mereka masih tidak memiliki pengetahuan mencukupi mengenai perkara terbabit.

“Pada masa ini, hanya segelintir individu yang membuat pinjaman semula ini dengan majoriti peminjam lazimnya melakukan pinjaman semula disebabkan memiliki kepentingan kewangan yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Akhsan berkata, orang ramai hendaklah menitikberatkan kemampuan membayar balik pinjaman di samping keperluan kerana kebanyakan pelanggan masih melakukan pinjaman disebabkan keperluan meskipun mengetahui bahawa bayaran balik ansuran agak membebankan.

Menurutnya, mereka perlu tahu mengenai kadar faedah/keuntungan yang dikenakan sewaktu mengambil pinjaman pertama dan mendapatkan nasihat daripada pihak yang bertauliah kerana pinjaman semula mungkin akan mengurangkan pembayaran faedah/keuntungan.

“Orang ramai juga perlu mempertimbangkan pakej pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh pihak bank. Sebagai contoh, kadar faedah/keuntungan, jenis pembiayaan sama ada Islamik ataupun konvensional, pembiayaan generasi kedua, ‘Zero Moving Cost’/Kos Pemindahan Sifar seperti ditawarkan BSN,” katanya.

Sumber: Metro

1084 total views, 1 today

Comments Off on Semak Peraturan Elak Risiko

Semak Peraturan Elak Risiko

| Buletin Hartanah | August 2, 2014

Semak Peraturan Elak Risiko

Kuala Lumpur: Pembeli kediaman dinasihatkan agar menyemak semula peraturan dan undang-undang terkini sebelum membuat pembiayaan semula memandangkan ia mungkin mendatangkan risiko yang tidak diketahui pembeli.

Pengurus Urus Insan Sdn Bhd, Zaidi Ismail berkata, tempoh maksimum bagi pembiayaan semula yang ditawarkan kebanyakan adalah 10 tahun.

“Peraturan ini adalah undang-undang baru ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk baki pinjaman lebihan. Namun, jika ia membabitkan pembiayaan semula baki pinjaman bukan lebihan berdasarkan nilai pasaran baru, cara ini tidak digalakkan,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Menurutnya, jika seorang pembeli berhasrat untuk membuat pembiayaan semula pinjaman untuk mendapatkan lebihan wang, ia adalah sesuatu yang tidak digalakkan.

“Pada pandangan saya, jika pembeli membuat pembiayaan semula untuk mendapatkan lebihan wang , maka ia satu tindakan kurang bijak sebaliknya, mereka digalakkan membuat penilaian semula untuk memendekkan tempoh pinjaman,” katanya.

Menurutnya, jika pembeli meneruskan hasrat membuat pembiayaan semula untuk memanjangkan tempoh pinjaman, ia akan menyebabkan mereka terpaksa membayar pada harga lebih tinggi.

“Bayaran bulanan akan menjadi lebih tinggi kerana lebihan pinjaman dianggap seperti pinjaman peribadi selama 10 tahun,” katanya.

Zaidi berkata, satu ketika dulu, membuat pembiayaan semula untuk mendapatkan lebihan wang bagi digunakan sebagai bayaran pendahuluan hartanah lain sering digunakan pelabur hartanah namun, trend berkenaan dilihat tidak lagi sesuai.

“Dengan peraturan baru yang ditetapkan, adalah lebih baik memikirkan cara untuk menyelesaikan baki pinjaman dan bukan memanjangkan tempoh pembiayaan,” katanya.

Sumber: Metro

957 total views, 1 today

Comments Off on Pasaran Hartanah Malaysia Dijangka Terus Perlahan

Pasaran Hartanah Malaysia Dijangka Terus Perlahan

| Buletin Hartanah | July 24, 2014

Pasaran Hartanah Malaysia Dijangka Terus Perlahan

KUALA LUMPUR 23 Julai – Pasaran hartanah di Malaysia dijangka tumbuh perlahan pada tahun ini berikutan menerima impak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan April tahun depan.

Ketua Penyelidik Agensi Perunding Knight Frank Asia Pasifik, Nicholas Holt berkata, pembeli hartanah mula mengambil sikap berhati-hati terhadap pelaburan masing-masing.

Katanya, ada sesetengah pembeli akan membuat pelaburan pada separuh kedua tahun ini kerana mengambil kesempatan terakhir sebelum GST dilaksanakan.

Selain itu, jelasnya, peraturan yang lebih ketat dalam kelulusan pembiayaan perumahan turut menyumbang kepada pasaran hartanah yang terus menguncup.

“Saya masih beranggapan positif terhadap pasaran hartanah Malaysia pada waktu ini. Masih mempunyai potensi untuk berkembang walaupun sedikit perlahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis taklimat mengenai pembangunan timur London di sini hari ini.

Tambah Holt, pembangunan pinggir bandar di negara ini dijangka berkembang lebih baik berbanding pembangunan dalam bandar berikutan nilai pasaran yang masih rendah.

Malah, jelasnya, peningkatan kos pelaburan selepas pelaksanaan GST tidak terlalu ketara bagi pembangunan pinggir bandar.

Sumber: Utusan

913 total views, 1 today

Comments Off on Dua Koperasi Majukan PR1MA

Dua Koperasi Majukan PR1MA

| Uncategorized | July 22, 2014

Dua koperasi majukan PR1MA

JELEBU 21 Julai – Koperasi Setia Sepakat Jelebu Berhad (KSSJB) dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad (KPHPB) menandatangani perjanjian projek usahasama untuk membangunkan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

Pengarah Operasi Konsortium Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) Malaysia Berhad, Zainuddin Mohd. Yatim, berkata, projek PR1MA ini akan dibangunkan di kawasan Gelemi Lemi.

“Ini merupakan kerjasama yang pertama dijayakan oleh dua kumpulan koperasi yang berasingan di sini, ” jelasnya.

“Pembinaan projek perumahan teres satu tingkat ini bergantung kepada kerajaan negeri dan kita berharap agar ia dapat diluluskan secepat mungkin,” jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Usahasama antara KKSJB dan KPHPB di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Konsortium Pembangunan RMM Malaysia Berhad, Datuk Mohd. Arsad Jaafar dan Pengerusi KSSJB, Kamarudzaman Mohd Thani.

Beliau berkata, tanah pembangunan ini merupakan tanah kerajaan negeri dan keluasan tapak dianggarkan lebih kurang 20 hektar.

“Kita akan menjual rumah ini dalam anggaran RM120,000 hingga RM150,000 seunit berbeza dengan harga pasaran biasa iaitu hampir RM200,000 untuk rumah teres satu tingkat,” katanya.

“Jika dilihat, harga pasaran kita lebih murah berbanding sedia ada iaitu pengurangan sebanyak 30 peratus,” ujarnya.

Tambah Zainuddin, harga istimewa itu boleh dibuat kerana pihaknya mengambil konsep untung sedikit, bilangan yang banyak, di samping tapak itu sendiri merupakan milik kerajaan negeri.

Beliau berkata, pembinaan rumah ini kelak diharap dapat mengutamakan penduduk tempatan memandangkan bilangan rumah ini terhad kira-kira 500 unit sahaja.

Sumber: Utusan

1235 total views, 1 today

Comments Off on MBSB Minat Biaya Perumahan RMR

MBSB Minat Biaya Perumahan RMR

| Buletin Hartanah | July 12, 2014

MBSB minat biaya perumahan RMR

Puchong: Malaysian Building Society Berhad (MBSB) melihat pembiayaan hartanah bagi kediaman Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebagai salah satu strategi perniagaan yang dapat memanfaatkan kumpulan selain merancakkan pertumbuhan hartanah yang membantu bakal pemilik rumah pada masa akan datang.

Bagi segmen berkenaan, MBSB mensasarkan lebih banyak pembiayaan kewangan dapat disalurkan kepada pemaju perumahan yang membangunkan projek jenis itu.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden kumpulan Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, pihaknya melihat beberapa logistik di seluruh negara termasuk Johor Bahru dan Sabah.

Katanya, ia adalah lokasi yang berpotensi mempunyai kepadatan projek pembinaan kediaman dalam pelbagai jenis dan menjadi lokasi tumpuan ramai pihak ketika ini.

“Kami melihat banyak portfolio bagi meningkatkan prestasi syarikat termasuk pembiayaan hartanah dan sememangnya MSBS melihat saluran kepada RMR sebagai salah satu fokus.

“Kami tidak mempunyai sasaran tertentu terhadap peruntukan pembiayaan perumahan setiap tahun dan jenis kediaman untuk dibangunkan, tetapi ia terpulang kepada pemaju perumahan sama ada mereka mempunyai hartanah jenis sedemikian untuk dibangunkan dan jika ada MBSB sedia bekerjasama seandainya sesuai,” katanya ketika diminta mengulas mengenai sasaran syarikat untuk terbabit dalam 13 projek RMR di Pulau Pinang tahun ini.

Beliau berkata, saiz dan pelaburan terhadap projek bergantung kepada pemaju kerana ia kebiasannya membabitkan projek swasta.

“Kami sentiasa mahu meningkatkan portfolio hartanah selain meningkatkan pembiayaan korporat, pembiayaan peribadi, pembelian industri tinggi dan perladangan minyak sawit,” katanya.

Melihat ke hadapan, Ahmad Zaini berkata, MBSB akan membuat pelan perniagaan lima tahun bagi menambah baik struktur syarikat bagi membolehkan pihaknya mampu bersaing dalam apa jua situasi dan sebarang perubahan tertakluk kepada pemegang saham kumpulan itu.

Sumber: Metro

990 total views, 1 today

Comments Off on Garis Panduan Baru Industri Hartanah

Garis Panduan Baru Industri Hartanah

| Buletin Hartanah | July 11, 2014

aris panduan baru industri hartanah

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan baru bagi industri hartanah di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas mengambil kira permintaan daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) dan orang ramai.

Timbalan Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tan Sim Kiat berkata, jabatan itu masih mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk pertimbangan bagi pelepasan yang lebih baik kepada keseluruhan rantaian bekalan daripada pengeluar, pengedar, peruncit dan pengguna akhir. “Kerajaan mendengar semua orang dan inilah sebabnya kita cuba memastikan segala-galanya teratur sebelum pelaksanaan GST,” katanya pada Persidangan GST Kebangsaan 2014 di sini, semalam. Antara permintaan untuk pertimbangan ialah bagi perintah pelepasan GST digunakan untuk unit perumahan mampu milik yang harga jualan sehingga RM400,000 dan peruntukan bagi beberapa pelepasan kepada pembekal untuk menangani isu aliran tunai. Tan yang yakin garis panduan baru itu akan melegakan semua orang yang tidak pasti mengenai kesan GST terhadap industri hartanah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh garis panduan itu akan dikeluarkan. Semasa menjelaskan mengenai GST untuk tempat letak kereta atau parkir, Tan berkata, tempat letak kereta percuma yang diberikan oleh pemaju di pangsapuri dan kondominium dikecualikan daripada sebarang cukai manakala tempat letak kereta untuk hartanah komersial akan dikenakan cukai GST.

Sumber: Metro

1106 total views, 1 today

Comments Off on Pemilik Perlu Congak ROI

Pemilik Perlu Congak ROI

| Buletin Hartanah | July 10, 2014

pemilik

Kuala Lumpur: Untuk menyewakan kediaman dan mendapat pulangan daripada pelaburan yang dibuat, pemilik kediaman bukan saja perlu memastikan permintaan pasaran, malah perlu mencongak pulangan daripada pelaburan (ROI) yang akan diperoleh.

Pengurus Urus Insan Sdn Bhd Zaidi Ismail berkata, pemilik kediaman tidak boleh terus mengiklankan kediaman mereka sebelum mengetahui pasaran bagaimana yang sesuai dengan lokasi kediaman.

“Ada segelintir pemilik kediaman mahu menyewakan rumah kepada golongan pelajar sedangkan tidak semua lokasi sesuai disewakan kepada golongan ini.

“Maka, pemilik kediaman perlu membuat sedikit kajian bagi menentukan jenis penyewa bagaimana yang berpotensi untuk lokasi itu,” katanya di sini, semalam.

Urus Insan kini menyelia 34 rumah sewa dengan 150 penyewa yang terdiri daripada pelajar dan golongan pekerja di sekitar ibu kota termasuk Bukit Kerinchi, Keramat, Subang dan Shah Alam.

Menurutnya, pihaknya lebih cenderung memilih rumah untuk dijadikan asrama kerana cara berkenaan dilihat lebih menguntungkan.

“Terdapat dua jenis golongan yang sesuai untuk menyewa kediaman jenis ini iaitu pelajar dan mereka yang sudah bekerjaya.

Malah, kemudahan yang disediakan juga tidak sama.

“Bagi mereka yang sudah bekerja, kebiasaannya gemarkan dapur dan peralatan kediaman yang lengkap berbeza dengan golongan pelajar yang mahukan kemudahan yang sesuai dengan mereka termasuk rak buku, Internet dan meja belajar,” katanya.

Zaidi berkata, pihaknya juga tidak menyewakan rumah kosong kepada penyewa, namun akan memberi nilai tambahan sesuai dengan harga sewa yang dikenakan.

“Selain menyewakan ruang, kami juga memberi perkhidmatan kepada penyewa di mana setiap rumah yang disewakan akan dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Kerana itu, penyewa tidak kisah membayar harga sewa sedikit tinggi memandangkan mereka boleh menggunakan pelbagai kemudahan disediakan tanpa membuat bayaran tambahan pada hujung bulan,” katanya.

Bergantung kepada jenis sewaan, Urus Insan mengenakan kadar antara RM200 hingga RM500 bagi setiap penyewa dengan kemudahan tambahan yang berbeza.

Sumber: Metro

938 total views, 0 today

Page 1 of 41 2 3 4