Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

About Mr. Syahz

Description

Mohd Syahrizal Bin Rahim.
010-2212334

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187
Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban,
Jalan Dato’ Muda Linggi, Negeri Sembilan.
Tel/Fax: 06-7620673

Ads / Latest items listed
 

RM179,000

Rumah Untuk Dijual Di Sikamat

 Rumah Untuk Dijual Di Sikamat. Rumah Untuk Dijual Di Sikamat. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 1300sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Rumah Untuk Dijual Di Sikamat. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman College Heights, Sikamat. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air – Ruang porch yang luas & autogate. – Plaster ceiling di ruangtamu & dapur. – Kitchen cabinet & tabl...

1053 total views, 0 today

 

RM110,000

Rumah Untuk Dijual Di Port Dickson.

 Rumah Untuk Dijual Di Port Dickson. Rumah Untuk Dijual Di Port Dickson. Price: RM110,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Rumah Untuk Dijual Di Port Dickson. Keterangan : - Lokasi: Taman Politeknik, Port Dickson. - Rumah berada di Jalan Politeknik 31, Port Dickson. - Berhampiran kampus Politeknik Port Dickson. - Berhampiran deng...

1403 total views, 0 today

rumah untuk dijual, rumah untuk dijual di port dickson, rumah untuk dijual di taman bukit perdana, jual rumah, jual rumah di port dickson, jual rumah di taman bukit perdana, beli rumah, beli rumah di port dickson, beli rumah di taman bukit perdana, house for sale, house for sale in port dickson, house for sale in taman bukit perdana, taman bukit perdana, port dickson
 

RM99,000

Single Storey, Taman Bukit Perdana, Port Dickson.

 Taman Bukit Perdana. Price: RM99,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Bukit Perdana. Taman Bukit Perdana. Keterangan : - Lokasi: Taman Bukit Perdana, Port Dickson. - Berhampiran kampus Politeknik Port Dickson. - Berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang. ( Batu 8 ) - Berada didalam kawasan perlancongan. - 30 minit perjalana...

471 total views, 0 today

 

RM115,000

Single Storey, Taman Desa PD, Port Dickson.

 Taman Desa PD. Taman Desa PD. Price: RM115,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Desa PD. Keterangan : - Lokasi: Taman Desa PD, Port Dickson. - Rumah berada di Jalan Desa PD 2/4, Port Dickson. – Rumah tidak pernah diduduki. - Berhampiran kawasan perlancongan Port Dickson. - 15 minit perjalanan ke Port Dickson. - 25 ...

596 total views, 0 today

 

RM145,000

Single Storey, Taman Desa PD, Port Dickson.

 Taman Desa PD. Taman Desa PD. Price: RM145,000 Storey: Single storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1300sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Desa PD. Keterangan : - Lokasi: Taman Desa PD, Port Dickson (Fasa 2). - Rumah berada di Jalan Desa PD 2/6, Port Dickson. – Rumah tidak pernah diduduki. - Berhampiran kawasan perlancongan Port Dickson. - 15 minit perjalanan ke Port Dickson...

643 total views, 0 today

rumah untuk dijual, rumah untuk dijual di sikamat, rumah untuk dijual di taman college heights, jual rumah, jual rumah di sikamat, jual rumah di taman college heights, beli rumah, beli rumah di sikamat, beli rumah di taman college heights, house for sale, house for sale in sikamat, house for sale in taman college heights, sikamat, taman college heights
 

RM180,000

Single Storey, Taman College Heights, Sikamat.

 Taman College Heights. Taman College Heights. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Owner Occupied Land Area: 1400sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman College Heights. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Nusari Bayu 1, Sikamat. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air – Ruang porch yang luas & autogate. – Plaster ceiling di ruangtamu & dapur. – Kitchen cabinet & table top. – Kemudahan...

1285 total views, 0 today

rumah untuk dijual, rumah untuk dijual di kuala pilah, rumah untuk dijual di taman rasa sayang, beli rumah, beli rumah di kuala pilah, beli rumah di taman rasa sayang, jual rumah, jual rumah di taman rasa sayang, jual rumah di kuala pilah, house for sale, house for sale in kuala pilah, house for sale in taman rasa sayang, taman rasa sayang, kuala pilah
 

RM120,000

Single Storey, Taman Rasa Sayang, Kuala Pilah.

 Taman Rasa Sayang. Taman Rasa Sayang. Price: RM120,000 Storey: Single Storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 1200sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Rasa Sayang. Keterangan : - Lokasi: Taman Rasa Sayang, Seremban. – Rumah berhadapan kawasan lapang. – Berhampiran kedai, masjid, sekolah & hospital. – Fully tiles & grille setiap pintu dan tingkap. – 15 minit ke Pekan Kuala Pi...

829 total views, 0 today

rumah untuk dijual, rumah untuk dijual di taman bukit kepayang, rumah untuk dijual di seremban, jual rumah, jual rumah di seremban, jual rumah di taman bukit kepayang, beli rumah, beli rumah di taman bukit kepayang, beli rumah di seremban, house for sale, house for sale in seremban, house for sale in taman bukit kepayang, taman bukit kepayang, seremban
 

RM621,000

Double & ½ Storey, Taman Bukit Kepayang, Seremban.

 Taman Bukit Kepayang. Taman Bukit Kepayang. Price: RM621,000 Storey: Double & ½ storey Type: Terrace Situated: Intermediate Land Area: 3119sq.ft Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Beds: 5 Baths: 4 Tenure: Freehold Other info: Bumi Lot ======================= Taman Bukit Kepayang. Keterangan : - Lokasi: Taman Bukit Kepayang, Seremban. – Rumah baru tidak pernah diduduki. – Kawasan rumah berpagar dengan kawalan keselamatan 24 jam. – Ekses mudah ke lebuhraya PLUS Seremban. – Berhampiran k...

545 total views, 0 today

rumah untuk dijual di senawang, rumah untuk dijual di taman tasik jaya, beli rumah di senawang, beli rumah di taman tasik jaya, jual rumah di senawang, jual rumah di taman tasik jaya, house for sale in senawang, house for sale in taman tasik jaya, taman tasik jaya, senawang
 

RM260,000

Double Storey, Taman Tasik Jaya, Senawang.

 Taman Tasik Jaya. Taman Tasik Jaya. Type: Terrace Storey: Double Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Vacant Land Area: 1260sq.ft. Beds: 4 Baths: 3 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Tasik Jaya. Keterangan : – Lokasi: Taman Tasik Jaya, Senawang. – Rumah berhadapan dengan kawasan lapang. – Rumah fully tiles & grill. – Terdapat 4 bilik tidur & 3 bilik air. – Hypermarket GIANT, CARREFOUR, ECONSAVE. – Ekses mudah ke lebuhraya PLUS dan LEKAS....

877 total views, 0 today

rumah untuk dijual, rumah untuk dijual di mambau, rumah untuk dijual di taman angsamas, beli rumah, beli rumah di mambau, beli rumah di taman angsamas, jual rumah, jual rumah di mambau, jual rumah di angsamas, house for sale, house for sale in mambau, house for sale in taman angsamas, taman angsamas, mambau, corner lot
 

RM365,000

Corner Lot, Single Story, Taman Angsamas, Mambau.

 Taman Angsamas. Taman Angsamas. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Corner Lot Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 5000sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Taman Angsamas. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Angsamas, Mambau. – Kawasan rumah yang luas. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 15 minit perjalanan ke Seremban. – 25 mi...

871 total views, 0 today

 

RM390,000

Double Storey, Nusari Aman 1, Sendayan.

 Nusari Aman 1. Nusari Aman 1. Type: Terrace Storey: Double Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Land Area: 1540sq.ft. Beds: 4 Baths: 3 Tenure: Freehold Other info: Bumi Lot ======================= Nusari Aman 1. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Nusari Aman 1, Sendayan. – Rumah mengadap taman permainan. – Rumah mempunyai 4 bilik & 3 bilik air. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 15 minit perjalanan ke Seremban. – 25 minit perjalanan ke P. Dickson. – 30 ...

711 total views, 1 today

rumah untuk dijual di sendayan, rumah untuk dijual di nusari bayu, jual rumah di sendayan, jual rumah di nusari bayu, beli rumah di sendayan, beli rumah di nusari bayu, house for sale in sendayan, house for sale in nusari bayu, nusari bayu, sendayan
 

RM195,000

Single Storey, Nusari Bayu 1, Sendayan.

 Nusari Bayu 1. Nusari Bayu 1. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 1400sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Bumi Lot ======================= Nusari Bayu 1. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Nusari Bayu 1, Sendayan. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 15 minit perjalanan ke Seremban. – 25 minit perjalanan ke P. Dickso...

656 total views, 0 today

rumah untuk dijual, rumah untuk dijual di bandar springhill, jual rumah, jual rumah di springhill, jual rumah di lukut, beli rumah, beli rumah di bandar springhill, beli rumah di lukut, house for sale, house for sale in bandar springhill, house for sale in lukut, bandar springhill, meranti 3, lukut
 

RM130,000

Double Storey, Bandar Springhill, Lukut.

 Bandar Springhill. Bandar Springhill. Type: Terrace Storey: Double Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Land Area: 800sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Bandar Springhill. Keterangan : – Lokasi rumah di Bandar Springhill, Lukut. (Meranti 3) – Rumah baru dan tidak pernah diduduki. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air. – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 10 mini...

779 total views, 0 today

rumah untuk dijual di sendayan, rumah untuk dijual di nusari bayu, jual rumah di sendayan, jual rumah di nusari bayu, beli rumah di sendayan, beli rumah di nusari bayu, house for sale in sendayan, house for sale in nusari bayu, nusari bayu, sendayan
 

RM420,000

Double Storey, Nusari Bayu 3, Sendayan.

 Nusari Bayu 3. Nusari Bayu 3. Type: Terrace Storey: Double Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Empty Land Area: 1650sq.ft. Beds: 4 Baths: 3 Tenure: Freehold Other info: Non Bumi Lot ======================= Nusari Bayu 3. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Nusari Bayu 3, Sendayan. – Rumah mengadap taman permainan. – Rumah mempunyai 4 bilik & 3 bilik air. – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 15 minit perjalanan ke Seremban...

499 total views, 0 today

 

RM199,000

Single Storey, Nusari Bayu 1, Sendayan.

 Nusari Bayu 1. Nusari Bayu 1. Type: Terrace Storey: Single Storey Situated: Intermediate Furnishing: Unfurnish Occupancy: Tenanted Land Area: 1400sq.ft. Beds: 3 Baths: 2 Tenure: Freehold Other info: Bumi Lot ======================= Nusari Bayu 1. Keterangan : – Lokasi rumah di Taman Nusari Bayu 1, Sendayan. – Rumah mempunyai 3 bilik & 2 bilik air – Rumah masih basic dan tiada penambahan. – Kemudahan kedai, surau & sekolah. – 15 minit perjalanan ke Seremban. – 25 minit perjalanan ke P. Dickso...

831 total views, 0 today

Page 3 of 30 1 2 3 4 5 30
Posts / Recent blog posts
Comments Off on Koperasi Digalak Ceburi Sektor Hartanah

Koperasi Digalak Ceburi Sektor Hartanah

| Buletin Hartanah | May 14, 2014

Koperasi Digalak Ceburi Sektor Hartanah

KUANTAN 13 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggalakkan lebih banyak koperasi menceburi pelaburan dalam sektor berimpak tinggi seperti hartanah bagi meningkatkan perolehan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sektor itu dikenal pasti sebagai sektor tambahan yang perlu diceburi jika gerakan koperasi di negara ini mahu mengorak langkah lebih luas di peringkat global.

“Perkara ini sudah sedia termaktub dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 dan kita bersetuju untuk memberi perhatian kepada lima bidang ekonomi utama dan pelaburan dalam sektor hartanah ini adalah sektor tambahan.

“Melalui pembabitan aktif gerakan koperasi di dalam dan luar negara, kita jangkakan pelaburan sektor ini dapat membawa pulangan sebanyak RM50 bilion menjelang 2020,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Perun­dingan Koperasi Kebangsaan di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan nege­ri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Awal bulan ini, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) turut mengumumkan akan memperluaskan asas pendapatannya dengan menceburi sektor pembangunan hartanah melalui anak syarikatnya, MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Daerah Alor Gajah (KPDAG), Melaka.

Projek pembinaan 41 unit rumah teres setingkat dan enam unit teres dua tingkat dengan nilai pelaburan RM5.6 juta di Masjid Tanah, Melaka itu akan dimulakan September ini.

Hasan berkata, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd. (KTMSAB) adalah contoh terbaik koperasi yang sudah berjaya dalam pelaburan bidang hartanah di Pulau Pinang de­ngan kira-kira 20 projek perumahan dan hospital.

Sementara itu, beliau berkata, koperasi dianggap sebagai ejen penting kerajaan memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kekeliruan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April tahun depan.

“Sehingga 30 April lalu, seba­nyak 14 siri penerangan sudah diadakan SKM yang dihadiri 1,600 peserta dengan kumpulan sasar terdiri daripada pegawai SKM sendiri sebagai ejen kerajaan dalam memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Utusan

903 total views, 0 today

Comments Off on LTH Raih Untung Labur Hartanah UK

LTH Raih Untung Labur Hartanah UK

| Uncategorized | May 10, 2014

 

LTH Raih Untung Labur Hartanah UK

LTH raih untung labur hartanah UK

Kelana Jaya: Lembaga Tabung Haji (LTH) mencatatkan keuntungan pelaburan hartanah di United Kingdom sekitar 9.5 peratus dengan pembelian tiga bangunan di sekitar London dan akan memperluaskan pelaburan di beberapa negara lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Ismee Ismail berkata, kesemua unit bangunan itu sudah diduduki sepenuhnya oleh penyewa dan dua daripadanya terletak di Central London, manakala satu lagi di luar kawasan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya berhasrat untuk memperluaskan pelaburan hartanah di beberapa negara lain antaranya Australia, Arab Saudi dan beberapa negara lain selepas melihat keuntungan yang diperoleh.

“€œBagaimanapun, hasrat kita untuk melabur di negara luar tidak mengganggu fokus utama pelaburan iaitu di negara sendiri dan ia masih diteruskan.

“€œKita tetap akan meletakkan keutamaan kepada pelaburan hartanah di Malaysia dan dalam masa sama, kita juga melihat peluang-peluang lain di luar negara,” katanya pada majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas Kelab Tabung Haji (TaHa) mencatatkan jumlah keanggotaan paling ramai iaitu sekitar 1.1 juta ahli di sini semalam.

Setakat ini, Ismee berkata, pihaknya sedang memantau pelaburan mereka di United Kingdom dan hasil pulangan keuntungan agak memberangsangkan.

Menurutnya, LTH akan melihat pelbagai peluang lain yang menepati portfolio pelaburannya dan langkah itu diambil untuk meningkatkan pendapatan agensi itu.

Sumber: Metro

1042 total views, 0 today

Comments Off on ANGKASA Sasar Bina 500 Unit Rumah Mampu Milik

ANGKASA Sasar Bina 500 Unit Rumah Mampu Milik

| Uncategorized | May 10, 2014

 

ANGKASA Sasar Bina 500 Unit Rumah Mampu Milik

ANGKASA Sasar Bina 500 Unit Rumah Mampu Milik

 
Kuala Lumpur: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui MyAngkasa Bina Sdn Bhd (MABSB) menyasarkan pembinaan 500 unit rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ketika ini terdapat lima lokasi yang dikenal pasti bagi tujuan terbabit iaitu di Johor, Selangor, Kelantan dan Perak (dua lokasi) membabitkan saiz tanah keseluruhan 90.24 hektar milik koperasi di bawah naungan ANGKASA.

“Pada masa ini, lima koperasi terbabit sudah mengajukan cadangan kepada MABSB bagi menjalankan projek pembinaan secara usahasama di tanah masing-masing dan pihak kami sedang dalam proses perbincangan awal untuk menjayakan perkara terbabit,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara MABSB dan Koperasi Pembangunan Daerah Alor Setar Berhad, di sini, semalam.

Berdasarkan data terkini, ANGKASA mengenal pasti kira-kira 3,237 hektar tanah milik ahli koperasi yang berpotensi bagi melaksanakan projek pembangunan hartanah pada masa akan datang.

Beliau berkata, MABSB adalah syarikat yang ditubuhkan ANGKASA bagi menceburi sektor pembangunan hartanah dengan fokus kepada pembinaan rumah mampu milik dan penubuhannya juga dilihat sebagai langkah menyahut seruan kerajaan supaya koperasi terbabit dalam perniagaan berimpak tinggi.

“Sektor pembangunan hartanah adalah salah satu bidang ekonomi yang mencatatkan pertumbuhan paling stabil dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM100 bilion pada setiap tahun,” katanya.

Sumber: Metro

823 total views, 0 today

Comments Off on Wakaf Hartanah Lebih Afdal

Wakaf Hartanah Lebih Afdal

| Buletin Hartanah | May 10, 2014

 

Wakaf Hartanah Lebih Afdal

Wakaf Hartanah Lebih Afdal

Kuala Lumpur: Orang ramai terutama umat Islam digalakkan memilih hartanah sebagai satu langkah menjalankan aktiviti wakaf kerana ia dilihat mampu memberikan manfaat lebih baik kepada masyarakat dan menepati konsep wakaf iaitu memberikan perkara yang paling disayangi buat insan memerlukan.

Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohamad Azhar Hashim berkata, kebanyakan individu masa kini masih tidak melihat hartanah sebagai perkara yang berpotensi untuk diwakafkan kerana berpendapat ia hanya untuk menjana pendapatan.

“Pada hakikatnya, setiap individu yang memiliki minimum satu unit hartanah juga boleh mewakafkannya bukan saja bagi melakukan amal malah menjana keuntungan peribadi,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, baru-baru ini.

Sebagai contoh, individu yang memiliki satu unit rumah sewa boleh menjana pendapatan peribadi dengan dua per tiga daripada jumlah bayaran sewa itu boleh dimiliki manakala satu pertiga lagi akan diwakafkan kepada mereka yang memerlukan melalui khidmat Majlis Agama Negeri.

Beliau berkata, hartanah dilihat sebagai platform wakaf lebih berkesan berbanding dengan harta lain seperti tanah, duit dan makanan kerana ia bersifat kekal dan membolehkan setiap individu menikmati manfaat untuk tempoh jangka panjang.

“Melalui aset hartanah, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti yang boleh membantu individu lain seperti rumah yang boleh digunakan bagi menubuhkan rumah kebajikan dan rumah kedai yang boleh digunakan peniaga Muslim untuk berniaga serta menjana pendapatan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pelaksanaan wakaf hartanah pada ketika ini, beliau berkata kesedaran dalam kalangan syarikat dan individu untuk mewakafkan hartanah dilihat semakin baik, namun masih tidak ramai yang sedar akan potensi hartanah memandangkan kurang pengetahuan mengenai konsep wakaf sebenar.

Menurutnya, aktiviti waqaf hartanah secara individu adalah lebih baik berbanding syarikat korporat yang hanya melihat ia sebagai peluang untuk menjana pendapatan.

Bagaimanapun, terdapat segelintir badan korporat yang boleh di puji kerana begitu aktif melaksanakan aktiviti waqaf korporat dan memperkenalkan satu model waqaf korporat di negara ini.

“Saya berharap orang ramai terutama yang mampu supaya mewakafkan hartanah masing-masing kerana wakaf adalah perkara fleksibel dan memudahkan.

Pada masa sama, kita perlu membudayakan wakaf sebagai satu langkah pelaburan bukan saja bagi keuntungan dunia malah sebagai saham di akhirat,” katanya.

Sumber: Metro

970 total views, 0 today

Comments Off on Menangani Isu Rumah Mampu Milik

Menangani Isu Rumah Mampu Milik

| Buletin Hartanah | May 9, 2014

 

Menangani Isu Rumah Mampu Milik

Menangani Isu Rumah Mampu Milik

Fakta Nombor
1.4 Juta Penjawat Awam Seluruh Malaysia.
10,336 Rumah Dibangunkan Bagi Program PPA1M Di Putrajaya.
9,000 Bilangan Penjawat Awam Tunggu Geran Sewa Rumah Kediaman Di Putrajaya.

Sumber: Berita Harian

1103 total views, 0 today

Comments Off on Pasaran Hartanah Catat Penurunan

Pasaran Hartanah Catat Penurunan

| Buletin Hartanah | May 7, 2014

 

Pasaran Hartanah Catat Penurunan

Pasaran hartanah catat penurunan
Kuala Lumpur: Kajian PropertyGuru mendedahkan pasaran hartanah tempatan berhadapan dengan cabaran pada masa ini kerana terdapat penurunan daripada aspek keinginan membeli hartanah daripada semua kategori disumbang daripada kos pemilikan rumah yang melambung tinggi.

Pengurus Negaranya bagi Malaysia Gerard Kho berkata, kepuasan rakyat tempatan terhadap iklim hartanah tempatan menurun daripada 37 peratus pada suku kedua tahun lalu kepada 32 peratus bagi suku keempat tahun sama disumbang melalui harga terlalu mahal, harga tidak munasabah berbanding syarat hartanah dan peningkatan pesat harga hartanah.

Menurutnya, pada masa ini purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia adalah pada tahap RM5,000, namun penanda aras harga hartanah mampu milik berada
antara RM300,000 hingga RM600,000 disokong faktor lain seperti hutang isi rumah, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lebihan bekalan dan pembinaan di bawah risiko.

“Kesemua faktor ini membuatkan rakyat Malaysia menghadapi masalah dalam memiliki hartanah sendiri dan ia sering membelenggu setiap keputusan pembelian hartanah masing-masing,” katanya pada majlis taklimat media mengenai jangkaan pasaran hartanah bagi 2014 di sini, semalam.

Beliau berkata, pemaju dan pembeli berpotensi akan menghadapi cabaran lebih besar semasa membeli hartanah kerana kerajaan dan agensi berkaitan sedang melaksanakan langkah yang sejajar dengan keadaan semasa industri hartanah tempatan seperti peningkatan CKHT kepada 30 peratus dan harga rumah RM1 juta kepada pembeli asing pada tahun ini.

Sumber: Metro

1160 total views, 0 today

Comments Off on Hartanah Di Kuala Lumpur Termurah

Hartanah Di Kuala Lumpur Termurah

| Buletin Hartanah | May 5, 2014

 

Hartanah Di Kuala Lumpur Termurah

Hartanah di Kuala Lumpur termurah

KUALA LUMPUR 29 April – Kadar harga hartanah di Kuala Lumpur sehingga hari ini masih termurah berbanding bandar-bandar utama di rantau ASEAN, menjadikannya destinasi paling berkemampuan untuk dimiliki.

Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Datuk Abdul Hamid Abu Bakar berkata, Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai hartanah paling murah, sebaliknya turut mempunyai infrastruktur yang lengkap dan pembangunan yang lebih pesat daripada bandar-bandar ASEAN yang lain.

“Walaupun ramai dalam kalangan rakyat yang merungut harga hartanah terlalu mahal dan tidak berkemampuan di Kuala Lumpur, namun, di sini adalah lebih baik berbanding bandar-bandar besar yang lain di ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Simposium Penyelidikan Hartanah Antarabangsa (IRERS) 2014 di sini hari ini.

Simposium itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengarah Institut Penilaian Negara (Inspen), Datin Faridah Mohammed.

Bagaimanapun, ketika ditanya perbezaan harga di antara bandar raya Kuala Lumpur dengan bandar-bandar raya di ASEAN, beliau memberitahu tidak mempunyai data mengenainya pada ketika itu.

Mengenai transaksi hartanah pada tahun ini, jelas Abdul Hamid, ia bakal menunjukkan penyusutan.

Katanya, situasi itu telah berlaku sejak 2012 berikutan gaya pembeli hartanah yang berjaga-jaga dalam pasaran.

“Situasi begitu amat baik kerana pembeli membeli hartanah masing-masing untuk disimpan atau digunakan, bukan untuk dijual semula.

“Hal ini akan mengurangkan aktiviti spekulator hartanah yang menyebabkan peningkatan harga hartanah secara mendadak,” ujarnya.

Sumber: Utusan

1026 total views, 0 today

Comments Off on Tip Beli Rumah Idaman

Tip Beli Rumah Idaman

| Buletin Hartanah | April 26, 2014

 

Tip Beli Rumah Idaman

Tip beli rumah

MEMILIKI kediaman atas nama sendiri menjadi idaman semua individu namun, tidak ramai yang tahu prosedur pembelian rumah, malah lebih memeningkan kepala memikirkan faktor kewangan bagi membayar ansuran bulanan.

Kebanyakan individu keliru memikirkan soal rumah sebagai keperluan atau kemahuan yang mana pada akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah berikutan kekurangan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan yang hampir separuh disalurkan untuk membayar ansuran rumah yang diidamkan.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa (gambar), mengenai panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.

APAKAH perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah?

Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan ialah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman jenis banglo.

Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat kiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli.

Namun, harus diingat bahawa pendapatan bulanan tidak seharusnya dicampur dengan elaun atau bayaran kerja lebih masa (OT) kerana ia bukan sebahagian pendapatan tetap.

Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sebanyak RM500, adakah dia perlu membeli kediaman yang menetapkan ansuran bulanan sekitar jumlah sama?

Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah yang ingin dibeli itu berada pada lokasi yang setara.

Sebelum pinjaman perumahan diluluskan, bank akan melihat kelayakan pemohon. Ini termasuk meneliti pendapatan bulanan dan harga rumah yang ingin dibeli. Malah, bank akan melihat sama ada bayaran bulanan tidak melebihi satu per tiga gaji.

Contohnya, pembeli ingin mendapatkan rumah berharga RM150,000. Sekiranya dicampur faedah yang dikenakan bank, bayaran pendahuluan serta tempoh pembiayaan, maka bayaran bulanan mencecah RM1,012 dan ia jelas menunjukkan pembeli yang mempunyai lebihan pendapatan RM500 masih belum mampu membeli rumah berharga RM150,000.

Jika perkara seumpama itu berlaku, apakah langkah yang harus diambil oleh individu itu?

Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.

Mungkin ada individu yang mengikat perut untuk membayar ansuran bulanan rumah, namun harus ambil kira simpanan untuk kecemasan.

Selain itu, bagi mereka yang masih ingin mendapatkan rumah sendiri, memilih rumah yang dilelong adalah satu cara yang baik kerana harga rumah lelongan adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Jangan terus melabelkan rumah lelong sebagai rumah tinggal atau banyak kerosakan kerana bakal pembeli berhak melihat keadaan rumah sebelum membuat bidaan.

Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?

Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.

Malah, saya nasihatkan supaya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda benar-benar mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat bayaran pendahuluan kerana idea membuat pinjaman peribadi bagi membayar wang pendahuluan hanyalah akan menambah masalah.

Selain itu, antara tip yang boleh diguna pakai adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.

Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi mencecah tempoh 40 tahun, ia bukan satu langkah yang bijak kerana kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.

Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian rumah?

Kita sedia maklum semua orang memiliki rumah idaman masing-masing dan tidak ada yang mengidamkan untuk memiliki rumah kecil. Namun, sebagai permulaan, ia adalah langkah terbaik kerana rumah adalah keperluan. Walaupun kita mahukan rumah semi-D berharga RM300,000, namun berdasarkan pendapatan semasa ia di luar kemampuan, maka tidak salah sekiranya kita membeli apartmen atau flat yang murah.

Dalam tempoh 10 tahun, harga rumah mungkin akan meningkat. Sekiranya keadaan itu berlaku, ambil tindakan dengan menjual rumah berkenaan dan wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan rumah idaman anda.

Jangan tertekan dengan spekulasi bahawa sekiranya tidak beli rumah sekarang, harga akan meningkat. Memang benar harga rumah akan meningkat namun, ia tidak akan melebihi dua kali ganda harga kini dalam tempoh lima tahun. Malah, harga siling rumah ditetapkan pasaran. Jika terlalu mahal, tiada siapa akan beli.

1250 total views, 0 today

Comments Off on 3 Tip Cari Rumah

3 Tip Cari Rumah

| Buletin Hartanah | April 26, 2014

 

3 Tip Cari Rumah

3 tip cari rumah

Membeli rumah salah satu keputusan yang amat besar dalam hidup kita terutama kerana selalunya rumah adalah perbelanjaan kita yang paling besar seumur hidup. Amat mengujakan diri dan juga keluarga apabila mengambil keputusan dan langkah untuk memiliki rumah.

Tip 1: Selidik secara dalam talian dan nyata (online dan offline)

Oleh kerana perbelanjaan membeli rumah sememangnya besar, justeru masa juga perlu diperbanyakkan dalam menyelidik rumah idaman.

Kini, terdapat pelbagai laman web hartanah dan jual beli rumah yang anda boleh dilayari untuk melakukan penyelidikan. Menariknya, melakukan penyelidikan secara dalam talian tidak memerlukan anda keluar rumah dan mengambil lebih banyak masa untuk memantau rumah dan kawasan mengikut kesesuaian anda.

Namun, bergantung 100 peratus kepada penyelidikan secara dalam talian juga tidak digalakkan. Apabila anda sudah mendapat beberapa idea rumah dan lokasi terbaik untuk anda, anda perlu melawat beberapa tempat dan lakukan penyelidikan di lokasi pula.

Apabila melawat, disarankan juga untuk melawat tempat yang sama pada waktu-waktu yang berbeza untuk mendapat gambaran keseluruhan kawasan perumahan tersebut. Teringat saya seorang rakan yang membeli satu unit kondominium membuat keputusan pembelian dengan hanya sekali saja melawat kawasan terbabit di hujung minggu.

Dia tertarik dengan kawasan kediaman itu yang dikatakan amat sunyi dan menenangkan. Tetapi apabila sudah membeli kondominium berkenaan, tanggapannya salah sama sekali kerana setiap pagi hujung minggu, kesesakan di hadapan kediamannya amat teruk.

Malah sebelum ke tempat kerja, dia terpaksa menempuh kesesakan di kawasan parkir kediamannya sehingga 40 minit sebelum sampai ke jalan utama di hadapan kondominium!

Tip 2: Ukur baju pada badan sendiri

Keputusan membeli rumah perlu mengikut kemampuan anda. Bukan kemahuan anda sekiranya tidak mampu. Ramai orang mahukan rumah besar, hebat, cantik dan kawasan ternama. Namun rumah besar, hebat dan cantik di lokasi ternama pasti tinggi juga harganya.

Satu amalan kewangan yang baik ketika memilih membeli rumah adalah dengan melakukan perkiraan bayaran bulanan rumah dibandingkan dengan gaji anda. Angka yang baik membabitkan bayaran bulanan rumah tidak sepatutnya melebihi 30 peratus daripada gaji bulanan anda.

Ertinya, sekiranya gaji bulanan adalah RM3,000 sebulan, sebaiknya bayaran bulanan rumah kurang daripada RM900 dan tidak lebih. Angka ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada kemampuan anda memiliki sesuatu rumah.

Selain itu, jangan lupa harga rumah yang tinggi pasti memerlukan bayaran pendahuluan rumah yang banyak. Apabila melakukan bayaran pendahuluan rumah pula, jangan sehingga habis segala simpanan anda. Pastikan masih terdapat lebihan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan.

Tip 3: Kos jangka panjang

Pastikan anda memikirkan kos jangka panjang memiliki rumah berkenaan. Sememangnya melakukan bayaran pendahuluan dan mampu membayar bulanan satu langkah pertama. Terdapat lagi kos yang anda perlu fikirkan.

Sebagai contoh, rumah yang besar lazimnya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk melengkapi setiap bilik dan penjuru. Mampukah anda membeli segala perabot untuk memenuhinya? Begitu juga pertimbangan rumah yang hebat, apabila tiba masa memperbaiki kerosakan kelak pasti kosnya juga hebat.

Fikirkan juga kos pengangkutan iaitu rumah yang jauh dari tempat kerja akan memakan belanja petrol dan tol yang ting­gi.

Itu belum termasuk kos penyelenggaraan kereta. Begitu juga sekiranya anda berkeluarga, perlu fikir lokasi dan kemudahan untuk menghantar anak ke sekolah yang akan memakan kos tambahan. Bukan itu saja, kos dari segi masa juga perlu diambil kira seperti contoh rakan saya tadi yang membuang banyak masa sehingga 40 minit setiap pagi apabila tersilap membeli rumah.

Membeli rumah baru amat mengujakan dan perlu dipertimbangkan dari pelbagai sudut. Apabila perbelanjaan tinggi, risiko kesilapan membeli juga tinggi dan ini memerlukan anda membuat keputusan penting dalam hidup anda.

1031 total views, 0 today

Comments Off on Cara Pantas Dapat Rumah Pertama

Cara Pantas Dapat Rumah Pertama

| Buletin Hartanah | April 26, 2014

 

Cara Pantas Dapat Rumah Pertama

cara pantas dapat rumah

Kuala Lumpur: Velocity Muse Sdn Bhd, menggalakkan pembeli rumah kediaman pertama untuk terus memohon Skim MyHome sebagai salah satu cara pantas untuk mereka yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan rumah kediaman pertama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya yang juga perunding hartanah terkemuka, Saufi Karim berkata, walaupun rumah terbabit tidak boleh dijual dalam masa 10 tahun, namun aset rumah atau hartanah sangat bernilai sehingga 10 tahun akan datang.

Skim ini sedikit sebanyak membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang rata-rata tidak mampu untuk membeli rumah yang berharga lebih daripada RM250,000.

“Saya juga berpendapat skim ini sepatutnya dikurangkan had kelayakan pendapatan isi rumah daripada bergaji RM2,000 sehingga RM6,000 kerana mengikut pemerhatian, purata pendapatan orang yang baru bekerja adalah kurang daripada RM3,000.

“Kerajaan perlu meneliti semula had kelayakan pendapatan ini.

Bagaimanapun, saya tertarik dengan skim ini yang menawarkan RM30,000 sebagai wang pendahuluan iaitu 10 peratus deposit dan saya berharap kaedah pelaksanaannya juga teratur dan telus untuk rakyat daripada kerajaan rakyat ini,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, jika perlu pembeli tidak perlu mengeluarkan puluhan ribu untuk membeli kediaman dan pihaknya menekankan pembelian rumah tanpa wang pendahuluan.

Ini adalah inisiatif yang selari dengan konsep Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (PTHM) yang disyorkan syarikat kepada pembeli rumah pertama dan golongan muda yang baru mula bekerja dan menikmati hasil titik peluh sendiri.

Skim MyHome, Skim rumah PR1MA dan lain-lain skim seperti Skim Rumah Pertamaku adalah salah satu pemangkin ekonomi negara dengan permintaan rumah yang sangat tinggi dan membantu pembeli rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana.

1310 total views, 0 today

Comments Off on Harga Kediaman Stabil

Harga Kediaman Stabil

| Buletin Hartanah | April 25, 2014

 

Harga Kediaman Stabil

harga kediaman stabil

Putrajaya: Pasaran hartanah negara dijangka meningkat dari segi nilai dan stabil segi transaksi pada tahun ini hasil langkah diambil kerajaan untuk mengekang kenaikan harga rumah dalam tempoh 18 bulan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, sebelum pengumuman Bajet 2014 tahun lalu, kerajaan sudah mengambil langkah tertentu bagi memastikan kenaikan harga kediaman tidak meningkat secara mendadak.

“Dalam tempoh 18 bulan ini, beberapa langkah yang diambil memberi kesan positif dalam usaha memastikan harga kediaman yang ditawarkan tidak meningkat dengan ketara.

“Antara usaha kerajaan dalam menangani masalah ini adalah dengan mengehadkan tempoh pembiayaan bagi pembelian kediaman, meningkatkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) daripada 15 peratus kepada 30 peratus bagi tempoh pegangan tiga tahun pertama serta penghapusan skim insentif oleh pemaju perumahan (DIBS),” katanya selepas merasmikan laporan Pasaran Harta Tanah Malaysia 2013 di Institut Penilaian Negara (INSPEN), semalam.

Menurutnya, tempoh pembiayaan yang lebih pendek iaitu selama 35 tahun berbanding 45 tahun sebelum ini memberi kesan secara langsung kepada harga kediaman yang ditawarkan.

“Usaha ini dilihat dapat membantu mengekang kenaikan harga kediaman dan dalam masa sama dapat mengurangkan kadar keberhutangan isi rumah,” katanya.

Menurutnya, langkah berkenaan juga adalah sebahagian daripada persediaan menghadapi GST yang akan dilaksanakan pada April 2015.

“Aktiviti jual, beli dan sewa kediaman tidak dikenakan GST dan pengguna tidak seharusnya bimbang kesan pelaksanaan GST terhadap harga kediaman,” katanya.

Sumber: Metro

1231 total views, 0 today

Comments Off on Membuat Pinjaman Rumah

Membuat Pinjaman Rumah

| Buletin Hartanah | April 23, 2014

 

Membuat Pinjaman Rumah

pinjaman perumahan dengan bank

Untuk kebanyakan orang, memilih pinjaman rumah adalah susah, hampir seperti memilih rumah itu sendiri. Jika sedang mencari pinjaman rumah untuk membeli rumah idaman, ada beberapa perkara yang perlu diteliti.

Ketua Pegawai Eksekutif iMoney, Lee Ching Wei berkongsi enam perkara yang patut dipertimbangkan sebelum membuat satu keputusan kewangan yang mungkin paling penting dalam hidup anda.

Jenis pinjaman rumah
Pertama sekali, pertimbangkan apa yang sesuai untuk anda: Pinjaman Tradisi Berjangka atau Pinjaman Rumah Fleksibel (Pinjaman-Fleksi).

Pinjaman Tradisi Berjangka memerlukan anda untuk membayar jumlah tetap setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman rumah anda (contoh, 30 tahun) sementara Pinjaman-Fleksibel memberi anda pilihan untuk mengurangkan faedah pada bila-bila masa yang anda mahu (contoh dengan menyimpan lebihan wang ke akaun semasa yang berkaitan. Semakin banyak anda simpan, semakin kurang faedah yang dibayar).

Jika mempunyai corak aliran wang yang mudah dijangka dan ketat, Pinjaman Tradisi Berjangka mungkin pilihan terbaik. Jika lebih menggemari fleksibiliti dalam pembayaran pinjaman anda, Pinjaman-Fleksibel adalah disarankan.

Kadar Faedah
Seperti mana dengan semua pinjaman, keutamaan anda adalah bank yang menawarkan kadar faedah terendah. Merujuk kepada contoh yang digunakan sebelum ini, untuk pinjaman rumah sebanyak RM500,000 dalam tempoh 30 tahun, perbezaan faedah di antara kadar faedah 4.2 peratus dan 4.15 peratus boleh menjadi lebih daripada RM5,000.

Margin pembiayaan
Ia bermaksud berapa banyak anda boleh pinjam.

Ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk nilai rumah dan kedudukan anda dengan bank. Setiap bank menawarkan margin pembiayaan yang berbeza.

Anda diperlukan membayar mana-mana amaun yang tidak termasuk dalam pendahuluan pinjaman rumah, ini adalah amat penting lebih-lebih lagi apabila anda kekurangan wang.

Sebagai contoh, untuk rumah bernilai RM500,000, anda akan memerlukan RM100,000 sebagai pendahuluan jika margin pembiayaan adalah 80 peratus, tetapi hanya perlu membayar RM50,000 sebagai pendahuluan jika margin pembiayaan adalah 90 peratus.

Tempoh berkunci
Tempoh berkunci adalah jangka masa di mana anda akan dikenakan penalti (selalunya 2 hingga 3 peratus daripada jumlah pinjaman), jika memilih untuk membayar penuh pinjaman rumah sebelum ia mencapai tempoh tamatnya.

Apabila memilih pinjaman rumah, ia berbaloi untuk mempunyai tempoh berkunci sesingkat yang boleh dan penalti serendah yang boleh.

Sesetengah bank juga tidak mengenakan penalti sama sekali jika notis lengkap diberikan. Sebagai permulaan, anda mungkin ingin membuat perbandingan tempoh berkunci antara semua bank di iMoney.

Yuran dan caj
Permohonan pinjaman rumah membabitkan urusan profesional dan proses yang dikawal selia kerajaan seperti persediaan dan pembayaran perjanjian pinjaman, pembayaran duti setem dan pemprosesan oleh bank.

Semua proses ini selalunya disertakan yuran dan caj yang akan ditanggung oleh anda, sebagai pembeli. Dalam kes tertentu, ia juga boleh ditanggung penuh atau separuh oleh bank sebagai sebahagian daripada pakej pinjaman anda.

Oleh itu, lebih baik berjumpa dengan pegawai pinjaman dan minta mereka menerangkan mengenai semua yuran dan caj kepada anda. Ia mungkin satu proses yang berulang dan memakan masa tetapi ia akan menjadi masa yang digunakan dengan sebaiknya.

Bank
Fahami yang anda akan selalu berurusan dengan bank selagi pinjaman rumah masih berjalan (yang mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun).

Dengan itu sebagai peringatan, anda patut memilih bank yang anda selesa untuk berurusan. Sesetengah perkara yang anda mungkin ingin fikirkan termasuk:
• Adakah mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan bank tersebut (untuk kemudahan pemindahan antara akaun)?
• Adakah puas hati dengan perkhidmatan mereka?
• Adakah terdapat cawangan tempatan yang berdekatan dengan rumah atau pejabat anda?
• Adakah anda rasa bank tersebut boleh dipercayai atau boleh diharapkan?
• Adakah bank tersebut menawarkan perkhidmatan tambah nilai yang akan memudahkan anda dalam jangka masa panjang?

 

1372 total views, 1 today

Comments Off on Membeli Rumah Sebagai Pelaburan

Membeli Rumah Sebagai Pelaburan

| Buletin Hartanah | April 23, 2014

 

Membeli Rumah Sebagai Pelaburan

Membeli Rumah Sebagai Pelaburan

Pelaburan dalam hartanah merupakan salah satu bentuk pelaburan yang membolehkan anda membina kekayaan, terutama jika rumah yang dibeli itu untuk disewakan atau dijual semula.

Berikut adalah soalan yang perlu ditanya sebelum anda membeli rumah untuk tujuan pelaburan:
• Apakah jenis hartanah yang boleh meningkatkan nilai kewangan anda?
• Berapakah jumlah sewa yang boleh anda peroleh daripada hartanah tersebut?
• Adakah anda mampu mengurus dan menyelenggarakan hartanah bagi tempoh jangka panjang, walaupun aliran tunai anda tidak menentu (terutama apabila tiada penyewa?)
• Oleh sebab hartanah adalah aset bukan mudah cair (tidak mudah untuk dijual), adakah ini mendatangkan masalah kepada anda sekiranya anda memerlukan wang tunai kelak?

Jika anda membeli hartanah dan merancang untuk menjualkannya kemudian, ingat bahawa anda mungkin dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (Real Property Gains Tax) ke atas keuntungan bersih daripada penjualan hartanah anda.

pelaburan hartanah

Faktor yang perlu dipertimbang
Terdapat dua faktor yang perlu dipertimbang sebelum membeli rumah, iaitu faktor bukan kewangan dan faktor kewangan.

Faktor bukan kewangan
1) Lokasi hartanah
Anda perlu menentukan di mana anda hendak tinggal dan jenis kejiranan anda. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pilihan lokasi anda. Antaranya ialah:

• Kemudahan asas, seperti kedai, bank, pejabat pos, sekolah, hospital, taman rekreasi dan kawasan kejiranan
• Kemudahan pengangkutan awam
• Jarak dari tempat kerja
• Kesibukan lalu lintas
• Keselamatan

2) Jenis hartanah
Harga rumah bertanah biasanya adalah lebih tinggi, terutama jika ia berhampiran dengan kawasan bandar. Manakala harga rumah bertingkat seperti kondominium dan apartmen biasanya lebih mampu dimiliki. Kebiasaannya nilai pasaran rumah bertanah akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah bertingkat.

3) Jenis pegangan hak milik
Membeli hartanah pegangan bebas atau dengan hak milik kekal bermakna anda mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selama-lamanya. Hartanah pegangan pajakan pula bermakna anda hanya memiliki tanah tersebut selama tempoh pajakan, biasanya 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium. Oleh itu, nilai pasaran hartanah pegangan bebas biasanya lebih tinggi berbanding hartanah pegangan pajakan. Nilai hartanah pegangan pajakan pula biasanya menurun apabila hampir kepada tempoh tamat pajakan.

4) Jenis surat ikatan hak milik
Surat ikatan hak milik membuktikan anda pemilik sebuah hartanah. Anda akan diberikan hak milik individu bagi rumah bertanah, sementara hak milik strata kepada pemilik kondominium atau apartmen. Anda perlu memeriksa sama ada terdapat sebarang halangan atau sekatan ke atas hartanah tersebut kerana ia menjejaskan proses pemindahan hak milik atau penjualan hartanah. Sebaik-baiknya, berbincanglah dengan perunding hartanah, peguam atau dapatkan nasihat daripada pihak yang berpengalaman mengenai pasaran hartanah sebelum anda membayar wang pendahuluan.

5) Reputasi pemaju
Kebanyakan pemaju mengamalkan pendekatan “jual dulu bina kemudian”. Jika anda membeli rumah dalam pembinaan, anda akan mula membayar sebelum rumah anda siap dibina. Oleh itu, anda perlu mengkaji latar belakang pemaju dan rekod prestasi mereka. Anda hendaklah memastikan bahawa pemaju mempunyai lesen sah (belum luput) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anda boleh melayari laman sesawang KPKT di www.kpkt.gov.my untuk maklumat lanjut.

Anda juga perlu selidik projek lampau pemaju sama ada mereka menunaikan janji atau tidak. Periksa:
• Projek mereka disiapkan mengikut jadual ataupun tidak.
• Kualiti kerja mereka.
• Semua kemudahan disediakan seperti tertera di dalam brosur.
• Sama ada pembeli terdahulu berpuas hati dengan pembelian mereka.
• Jika projek rumah terbengkalai, anda masih bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman kepada institusi kewangan walaupun anda tidak mendapat hartanah tersebut.

Atas sebab inilah, pemaju terkenal yang memiliki rekod prestasi yang baik biasanya meletakkan premium ke atas harga jualan projek hartanah mereka.

Faktor kewangan
Nilai kemampuan anda. Periksa aliran tunai dan nilai harta bersih anda untuk menentukan keselesaan kewangan anda. Kedua-dua penyata ini merupakan kad skor kewangan dan menjadi rujukan ketika membuat keputusan berkaitan wang.

Biasanya terdapat dua persoalan tentang kemampuan yang perlu dipertimbang:
1) Bayaran pendahuluan dan kos berkaitan
Satu anggaran yang baik untuk bayaran pendahuluan sebuah rumah ialah antara 10% hingga 20% daripada harga rumah. Anda harus menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 5% hingga 10% untuk kos sampingan yang berkaitan, terutamanya yuran guaman dan duti setem. 

2) Antara sumber kewangan untuk membayar bayaran pendahuluan dan kos berkaitan termasuk: 
• Tabungan atau pelaburan peribadi
Gunakan tabungan atau pelaburan anda sebanyak mungkin untuk bayaran pendahuluan. Lebih banyak bayaran pendahuluan, maka lebih rendah kos keseluruhan pinjaman anda.

• Akaun simpanan KWSP
Anda boleh mengeluarkan wang Akaun 2 sebagai bayaran pendahuluan. Sila dapatkan maklumat lanjut tentang kelayakan pengeluaran anda daripada pejabat KWSP.

1021 total views, 0 today

Comments Off on Pasaran Hartanah Negara Dijangka Meningkat

Pasaran Hartanah Negara Dijangka Meningkat

| Buletin Hartanah | April 23, 2014

 

Pasaran Hartanah Negara Dijangka Meningkat.

Pasaran hartanah negara dijangka meningkat

BANGI 22 April – Pasaran hartanah negara dijangka meningkat dari segi nilai dan agak stabil dari segi transaksi pada tahun ini berdasarkan jangkaan perkembangan ekonomi antara lima dan 5.5 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pasaran har­tanah akan meningkat selaras pe­­ningkatan pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata, pasaran hartanah pada tahun lalu mencatatkan pertumbuhan sederhana menyaksikan penguncupan 10.9 peratus daripada jumlah transaksi dengan peningkatan kecil sebanyak 6.7 peratus dalam nilai daripada RM142.84 bilion pada 2012 kepada RM152.37 bilion.

Katanya, pasaran hartanah tahun lalu mengalami peningkatan kecil dengan pengurangan bilangan transaksi iaitu 381,130 berbanding 427,520 pada 2012 dengan sub-sektor kediaman terus menerajui aktiviti pasaran iaitu 64.6 peratus, manakala harta kediaman dalam lingkungan harga RM200,000 hingga RM250,000 paling aktif dipindah milik pada kadar 9.7 peratus.

Jelas beliau, kadar faedah yang rendah dengan kadar asas pinjaman (BLR) yang dikekalkan pada kadar 6.53 peratus dan purata wajaran kadar pinjaman (ALR) kepada 5.4 peratus terus menyokong pasaran hartanah domestik.

“Tahun 2013 mencatatkan 246,225 transaksi hartanah kediaman bernilai RM72.06 bilion dan peningkatan dalam nilai sebanyak 6.3 peratus berbanding tahun lalu.

“Sub-sektor terbabit kekal sederhana dengan prestasi jualan sedikit menurun bagi pelancaran baharu tetapi jumlah siap dibina tidak terjual berkurangan, manakala unit mula dibina dan unit siap dibina lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Pasaran Harta 2013 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Abd. Hamid Abu Bakar.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sederhana dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang 4.7 peratus pada 2103 selepas mencatat 5.6 peratus pada 2012 dan 5.1 peratus pada 2011.

Ahmad berkata, dengan jangkaan pertumbuhan stabil hingga 5.5 peratus tahun ini, sektor hartanah akan terus menjanjikan prospek lebih cerah dengan kesan berganda.

Sementara itu, beliau berkata, kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap harga jual beli hartanah adalah minimum.

“Indeks Harga Pengguna (CPI) dijangka naik 1.8 peratus apabila GST dilaksanakan kelak, tapi kenaikan tersebut bersifat ‘one off’, selepas itu CPI akan menurun dan perkara ini tidak begitu membimbangkan,” jelasnya.

Sumber: Utusan

881 total views, 0 today

Comments Off on Guna Khidmat Ejen Berdaftar

Guna Khidmat Ejen Berdaftar

| Buletin Hartanah | April 22, 2014

 

Guna Khidmat Ejen Berdaftar

lppeh

Kuala Lumpur: Orang ramai disarankan supaya menggunakan perkhidmatan ejen hartanah berdaftar kerana ia akan memastikan pembeli tidak ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab dan mendapat perlindungan sewajarnya apabila berlaku kes seumpama ini.

Pengarah Urusan dan Perunding Hartanah IM Global Property Consultant Sdn Bhd Ishak Ismail berkata, ejen hartanah berdaftar satu kerjaya dipantau dan dikuatkuasa agensi kerajaan iaitu Lembaga Penilaian, Pentaksiran dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).

“Ejen hartanah boleh menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk mendapatkan segala maklumat mengenai harta dan hak milik untuk rujukan pembeli dengan melakukan siasatan percuma di pejabat tanah,” katanya.

Selain itu, ejen hartanah boleh memastikan harga hartanah sama ada ia berada di atas atau bawah harga pasaran dan membantu urusan bank bagi pembiayaan rumah dalam kalangan pembeli.

Beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan ejen tidak berdaftar kerana kebanyakan mereka tidak dapat menawarkan semua perkhidmatan kepada pelanggan ekoran tidak memiliki kuasa yang sah.

“Dari segi etika kerja, golongan ini juga tidak profesional dan mempunyai ilmu yang kurang berbanding ejen hartanah berdaftar kerana mereka tidak mengikuti sebarang kursus berkaitan urusan sewa beli rumah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ejen hartanah yang melakukan urusan sewa dan beli, Ishak berkata, kedua-dua ejen terbabit mempunyai kaedah pelaksanaan kerja sama namun kepakaran yang sedikit berbeza.

“Kebanyakan ejen hartanah bagi urusan sewa hartanah lazimnya mengendalikan perjanjian sewaan saja berbanding ejen bagi jualan hartanah yang perlu lebih pakar dalam undang-undang kerana membabitkan urusan pindah milik, kebenaran jualan dan surat kebenaran menduduki rumah,” katanya.

_ Sumber: Harian Metro

=======================

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. – VE(l)0187
Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban,
Jalan Dato’ Muda Linggi, Negeri Sembilan.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Mr. Syahz 010-2212334
(Perunding Hartanah Berdaftar)

=======================

874 total views, 0 today

Page 3 of 4 1 2 3 4