Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Generasi Muda Dinasahiti Membuat Pilihan Bijak Apabila Beli Rumah Pertama..!

| Buletin Hartanah | August 17, 2014


Golongan muda mesti membuat pilihan bijak untuk membeli rumah pertama mereka.

Petaling Jaya: LBS Bina Group Berhad (LBS), menasihati pembeli rumah generasi muda agar membuat pilihan yang bijak dalam membeli rumah pertama mereka.

Masa pembelian adalah faktor terpenting sekarang memandangkan nilai hartanah semakin meningkat disebabkan pembangunan yang berlaku di sekitarnya.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Lim Hock San berkata, perkara yang sama berlaku pada BSP Skypark, pembangunan terbaru oleh LBS di Bandar Saujana Putra (BSP). Katanya, sejak BSP Skypark dilancarkan pada 2013, nilai jualannya telah meningkat dari RM400 persegi menjadi RM440 dan kenaikan itu sangat memanfaatkan pembeli rumah.

“Kami yakin dapat memenuhi keperluan penduduk BSP yang semakin berkembang dengan pelan naiktaraf perbandaran yang kami sediakan. Langkah bijak adalah melabur sekarang sementara nilainya masih pada kadar yang berpatutan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini.

BSP Skypark yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan 24 tingkat, memenuhi keperluan pembeli rumah kali pertama, keluarga muda dan pelabur yang ingin menyewakan rumah kepada pelajar dari institusi pengajian tinggi berdekatan pada masa akan datang.

Sumber: Metro

Generasi Muda Dinasahiti Membuat Pilihan Bijak Apabila Beli Rumah Pertama

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox