Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

Fahami Dulu Risiko

| Buletin Hartanah | August 3, 2014


risiko

Kuala Lumpur: Orang ramai tidak perlu risau untuk memohon pembiayaan semula perumahan kerana pelaksanaan bagi kemudahan kewangan ini adalah tertakluk kepada syarat sama yang diguna pakai oleh setiap bank.

Ketua Jabatan Pengeluaran Bank Simpanan Nasional (BSN) Akhsan Zaini berkata, mekanisme pembiayaan itu lazimnya dilakukan berdasarkan garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM) dan penilaian semula nilai hartanah yang dilakukan panel penilai lantikan oleh pihak bank.

“Pembiayaan semula perumahan memang diakui membawa manfaat dan faedah kepada pihak bank selaras dengan risiko yang bakal ditanggung oleh pihak sama,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, pembiayaan ini tidak terlalu mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kerana secara keseluruhan mereka masih tidak memiliki pengetahuan mencukupi mengenai perkara terbabit.

“Pada masa ini, hanya segelintir individu yang membuat pinjaman semula ini dengan majoriti peminjam lazimnya melakukan pinjaman semula disebabkan memiliki kepentingan kewangan yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Akhsan berkata, orang ramai hendaklah menitikberatkan kemampuan membayar balik pinjaman di samping keperluan kerana kebanyakan pelanggan masih melakukan pinjaman disebabkan keperluan meskipun mengetahui bahawa bayaran balik ansuran agak membebankan.

Menurutnya, mereka perlu tahu mengenai kadar faedah/keuntungan yang dikenakan sewaktu mengambil pinjaman pertama dan mendapatkan nasihat daripada pihak yang bertauliah kerana pinjaman semula mungkin akan mengurangkan pembayaran faedah/keuntungan.

“Orang ramai juga perlu mempertimbangkan pakej pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh pihak bank. Sebagai contoh, kadar faedah/keuntungan, jenis pembiayaan sama ada Islamik ataupun konvensional, pembiayaan generasi kedua, ‘Zero Moving Cost’/Kos Pemindahan Sifar seperti ditawarkan BSN,” katanya.

Sumber: Metro

780 total views, 3 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox