Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

Guna Khidmat Ejen Berdaftar

| Buletin Hartanah | April 22, 2014


 

Guna Khidmat Ejen Berdaftar

lppeh

Kuala Lumpur: Orang ramai disarankan supaya menggunakan perkhidmatan ejen hartanah berdaftar kerana ia akan memastikan pembeli tidak ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab dan mendapat perlindungan sewajarnya apabila berlaku kes seumpama ini.

Pengarah Urusan dan Perunding Hartanah IM Global Property Consultant Sdn Bhd Ishak Ismail berkata, ejen hartanah berdaftar satu kerjaya dipantau dan dikuatkuasa agensi kerajaan iaitu Lembaga Penilaian, Pentaksiran dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).

“Ejen hartanah boleh menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk mendapatkan segala maklumat mengenai harta dan hak milik untuk rujukan pembeli dengan melakukan siasatan percuma di pejabat tanah,” katanya.

Selain itu, ejen hartanah boleh memastikan harga hartanah sama ada ia berada di atas atau bawah harga pasaran dan membantu urusan bank bagi pembiayaan rumah dalam kalangan pembeli.

Beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan ejen tidak berdaftar kerana kebanyakan mereka tidak dapat menawarkan semua perkhidmatan kepada pelanggan ekoran tidak memiliki kuasa yang sah.

“Dari segi etika kerja, golongan ini juga tidak profesional dan mempunyai ilmu yang kurang berbanding ejen hartanah berdaftar kerana mereka tidak mengikuti sebarang kursus berkaitan urusan sewa beli rumah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ejen hartanah yang melakukan urusan sewa dan beli, Ishak berkata, kedua-dua ejen terbabit mempunyai kaedah pelaksanaan kerja sama namun kepakaran yang sedikit berbeza.

“Kebanyakan ejen hartanah bagi urusan sewa hartanah lazimnya mengendalikan perjanjian sewaan saja berbanding ejen bagi jualan hartanah yang perlu lebih pakar dalam undang-undang kerana membabitkan urusan pindah milik, kebenaran jualan dan surat kebenaran menduduki rumah,” katanya.

_ Sumber: Harian Metro

=======================

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. – VE(l)0187
Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban,
Jalan Dato’ Muda Linggi, Negeri Sembilan.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Mr. Syahz 010-2212334
(Perunding Hartanah Berdaftar)

=======================

715 total views, 3 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox