Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

MBSB Minat Biaya Perumahan RMR

| Buletin Hartanah | July 12, 2014


MBSB minat biaya perumahan RMR

Puchong: Malaysian Building Society Berhad (MBSB) melihat pembiayaan hartanah bagi kediaman Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebagai salah satu strategi perniagaan yang dapat memanfaatkan kumpulan selain merancakkan pertumbuhan hartanah yang membantu bakal pemilik rumah pada masa akan datang.

Bagi segmen berkenaan, MBSB mensasarkan lebih banyak pembiayaan kewangan dapat disalurkan kepada pemaju perumahan yang membangunkan projek jenis itu.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden kumpulan Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, pihaknya melihat beberapa logistik di seluruh negara termasuk Johor Bahru dan Sabah.

Katanya, ia adalah lokasi yang berpotensi mempunyai kepadatan projek pembinaan kediaman dalam pelbagai jenis dan menjadi lokasi tumpuan ramai pihak ketika ini.

“Kami melihat banyak portfolio bagi meningkatkan prestasi syarikat termasuk pembiayaan hartanah dan sememangnya MSBS melihat saluran kepada RMR sebagai salah satu fokus.

“Kami tidak mempunyai sasaran tertentu terhadap peruntukan pembiayaan perumahan setiap tahun dan jenis kediaman untuk dibangunkan, tetapi ia terpulang kepada pemaju perumahan sama ada mereka mempunyai hartanah jenis sedemikian untuk dibangunkan dan jika ada MBSB sedia bekerjasama seandainya sesuai,” katanya ketika diminta mengulas mengenai sasaran syarikat untuk terbabit dalam 13 projek RMR di Pulau Pinang tahun ini.

Beliau berkata, saiz dan pelaburan terhadap projek bergantung kepada pemaju kerana ia kebiasannya membabitkan projek swasta.

“Kami sentiasa mahu meningkatkan portfolio hartanah selain meningkatkan pembiayaan korporat, pembiayaan peribadi, pembelian industri tinggi dan perladangan minyak sawit,” katanya.

Melihat ke hadapan, Ahmad Zaini berkata, MBSB akan membuat pelan perniagaan lima tahun bagi menambah baik struktur syarikat bagi membolehkan pihaknya mampu bersaing dalam apa jua situasi dan sebarang perubahan tertakluk kepada pemegang saham kumpulan itu.

Sumber: Metro

  

737 total views, 1 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox