Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

Projek Manfaat Pembeli Muda

| Buletin Hartanah | August 8, 2014


Projek manfaat pembeli muda

GENERASI muda disaran membuat pilihan bijak ketika membeli rumah pertama mereka dengan mengutamakan pembangunan sekitar misalnya pembangunan BSP Skypark di Bandar Saujana Putra (BSP) yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS).

Sejak pelancarannya pada 2003, Bandar Saujana Putra berkembang pesat dan peningkatan nilai hartanah menyebabkan pulangan pelaburan yang positif sekaligus kawasan perbandaran berkenaan memperlihatkan kombinasi yang baik antara jenis hartanah komersil dan kediaman, serta dilengkapi dengan akses yang baik melalui lebuh raya utama seperti LDP, ELITE, Shah Alam, KESAS, SKVE dan Maju Expressway (MEX).

Sebagai pembangunan bertingkat tinggi yang pertama di perbandaran BSP, BSP Skypark menawarkan kemudahan pangsapuri perkhidmatan bersama unit-unit komersil di bawah satu bumbung dengan menyedari lokasi merupakan faktor utama dalam pembelian rumah di mana BSP Skypark terletak hanya beberapa minit dari Petaling Jaya, Sunway, USJ, Subang Jaya, Seri Kembangan, Shah Alam, Cyberjaya dan Putrajaya.

Mengulas keyakinan pasaran bagi projek pembangunan LBS, Pengarah Urusan LBS, Datuk Seri Lim Hock San berkata, sejak BSP Skypark dilancarkan tahun lalu nilai jualannya telah meningkat dari RM400.00 persegi menjadi RM440.00.

“Kenaikan ini memanfaatkan para pembeli rumah kami dan kami yakin dapat memenuhi keperluan penduduk BSP yang semakin berkembang dengan pelan-pelan naik taraf perbandaran yang kami sediakan.

“Langkah bijak adalah melabur sekarang sementara nilainya masih pada kadar berpatutan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

BSP Skypark yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan 24 tingkat, memenuhi keperluan pembeli rumah kali pertama, keluarga muda dan pelabur yang ingin menyewakan rumah kepada penuntut institusi pengajian tinggi berdekatan pada masa depan.

Kediaman dengan harga berpatutan daripada RM419,900 itu dijangka siap pada 2016.

Sumber: Sinar

804 total views, 2 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox