Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

Projek Terbengkalai

| Buletin Hartanah | August 10, 2014


Projek Terbengkalai

Kuala Lumpur: Memiliki kediaman yang berkualiti adalah perkara penting bagi setiap individu dan apa yang lebih utama semestinya mendapatkan urusan jual beli yang benar-benar muktamad kerana tidak dinafikan dalam proses pembelian hartanah atau kediaman, pasti ada yang kurang bernasib baik sehingga menjadi mangsa projek terbengkalai.

Ketika ini, Selangor mencatatkan jumlah projek perumahan swasta terbengkalai tertinggi iaitu sebanyak 64 projek sejak 2009 sehingga 30 Jun 2014.

Walau bagaimanapun, sebanyak 39 projek (61 peratus) sudah berjaya diselesaikan manakala baki sebanyak 25 projek membabitkan 14 daripadanya (21.9 peratus) berada dalam peringkat perancangan dan 11 lagi (17.2 peratus) projek berada dalam pelbagai peringkat pemulihan.

Menurut sumber Jabatan Perumahan Negara (JPN), kemajuan projek perumahan bergantung kepada perancangan dan komitmen pemaju perumahan dalam melaksanakan sesebuah projek.

“Dari tahun 2009 sehingga 30 Jun 2014, sebanyak 212 projek perumahan swasta diisytiharkan terbengkalai berdasarkan peruntukan Seksyen 11(a) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].

“Hasil inisiatif dan tindakan proaktif yang dilaksanakan Jabatan Perumahan Negara, sebanyak 157 projek atau 74 peratus daripada projek yang diisytiharkan terbengkalai berjaya disiapkan dan dimanfaatkan oleh 26,177 orang pembeli rumah,” katanya kepada Bisnes Metro.

Beliau berkata, baki sebanyak 55 projek yang membabitkan 32 (15.1 peratus) projek berada dalam peringkat perancangan dan 23 (10.8 peratus) projek berada dalam pelbagai peringkat pemulihan.

Katanya, kerajaan memang memandang serius permasalahan yang dihadapi oleh pembeli projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.

“Penguatkuasaan kementerian adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] yang hanya membabitkan sebarang pemajuan perumahan dan tidak termasuk pemajuan komersial.

Pemajuan komersial adalah dibawah tanggungjawab dan pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sumber: Metro

 

855 total views, 5 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox