Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

Ramai ‘Terperangkap’ Sebab Tak Faham

| Buletin Hartanah | August 4, 2014


pembiyaan perumahan

Kuala Lumpur: Ekuiti rumah sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan salah satu cara untuk menggunakan aset terbabit adalah melalui pembiayaan semula (refinance).

Perunding dan pakar kewangan, Abuayubul Ansari berkata, tidak salah untuk melakukan pembiayaan semula rumah, tetapi perlu memahami konsep dan tujuan asal ia dilakukan.

Katanya, secara umumnya pasaran hartanah di Malaysia meningkat setiap tahun dan peningkatan ini memberi kelebihan kepada pemilik hartanah.

“Sememangnya pembiayaan semula akan memberi lebihan wang tunai hasil peningkatan harga hartanah, namun untuk menggunakannya perlu ada ilmu yang betul kerana banyak yang ‘terperangkap’ berikutan tidak mempunyai pemahaman tepat.

“Paling penting, kita perlu tahu apa tujuan utama kita melakukan pembiayaan semula dan memastikan diri sudah cukup bersedia serta mempunyai kapasiti untuk membuat pembayaran konsisten,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, mereka yang ingin membuat pembiayaan semula kerana ikut-ikutan juga agak berisiko, apatah lagi tidak memahami perkara asas.

Beliau berkata, untuk melakukan pembiayaan semula perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah mengenai pengurusan, pemahaman dan ilmu kewangan.

“Bagi mereka yang membuat pembiayaan semula, lihat, semak dan menstruktur kembali hutang sedia ada yang perlu dilangsaikan serta didahulukan.

“Dapatkan panduan daripada mereka yang berpengalaman dan bina ‘aliran tunai’ yang baik daripada wang pembiayaan semula terbabit. Selain itu, sentiasa kemas kini diri dengan ilmu tidak kira kita mahu terbabit dalam hartanah, perniagaan atau pelaburan,” katanya yang juga dikenali sebagai Abang Abu.

Sumber: Metro

 

787 total views, 1 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox