Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

Segera laksana Konsep Bina Rumah Baru Jual

| Buletin Hartanah | August 10, 2014


Segera laksana Konsep Bina Rumah Baru Jual

Kuala Lumpur: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan Malaysia (HBA) menyarankan kerajaan memastikan Konsep Bina Rumah Baru Jual dilaksanakan mulai 2015 bagi melindungi pembeli daripada kes rumah terbengkalai.

Setiausaha Agungnya, Chang Kim Loong berkata, pelaksanaannya akan memberikan penyelesaian holistik kepada pembeli supaya tidak terus menjadi mangsa kegagalan mana-mana projek kediaman.

“Ia sudah diluluskan pada April 2007 dan kerajaan mengumumkan akan mengguna pakai peraturan terbabit mulai 2015.

“Ia perlu dilaksanakan kerana pembeli yang membuat pinjaman perumahan tidak perlu menanggung kerugian terhadap pembiayaan dengan pihak bank apabila hanya menyerahkan deposit atau bayaran muka sebanyak 10 peratus daripada harga rumah dan baki 90 peratus hanya dilunaskan apabila rumah siap dibina,” katanya kepada Bisnes Metro.

Beliau berkata, pengguna tetap perlu melangsaikan bayaran kepada pihak bank walaupun menjadi mangsa kegagalan projek dan ini menjadi beban bagi sesetengah pembeli.

Katanya, pihak kerajaan juga perlu melihat secara keseluruhan dan mengkaji kaedah untuk mengelakkan lebih banyak projek sama ada dalam kategori lewat, projek sakit dan akhirnya diisytihar sebagai terbengkalai oleh pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya, pihak berkenaan tidak boleh terlepas pandang terhadap laporan pembinaan atau projek yang dihantar pemaju empat kali (setiap suku) setahun.

“Apa yang boleh diperkemaskan adalah dengan menambah lebih ramai pakar bagi mengekang kes pada tahap lewat yang akhirnya berisiko menjadi terbengkalai,” katanya.

Chang berkata, ketika ini sudah kurang angka bagi projek terbengkalai namun tidak dinafikan kelewatan kebanyakan projek ketika ini sudah menjadi petanda yang kurang baik.

Melihat sudut lain, katanya, hukuman penjara terhadap pemaju seperti yang dipinda namun belum dipraktikkan adalah munasabah namun ia perlu adil bagi kedua-dua pihak terutamanya pembeli selain memastikan pemaju yang bertanggungjawab mendapat pengajaran yang setimpal termasuk pelaku terdahulu.

Sumber: Metro

 

777 total views, 2 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox