Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  |   | 

Comments Off

Semak Peraturan Elak Risiko

| Buletin Hartanah | August 2, 2014


Semak Peraturan Elak Risiko

Kuala Lumpur: Pembeli kediaman dinasihatkan agar menyemak semula peraturan dan undang-undang terkini sebelum membuat pembiayaan semula memandangkan ia mungkin mendatangkan risiko yang tidak diketahui pembeli.

Pengurus Urus Insan Sdn Bhd, Zaidi Ismail berkata, tempoh maksimum bagi pembiayaan semula yang ditawarkan kebanyakan adalah 10 tahun.

“Peraturan ini adalah undang-undang baru ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk baki pinjaman lebihan. Namun, jika ia membabitkan pembiayaan semula baki pinjaman bukan lebihan berdasarkan nilai pasaran baru, cara ini tidak digalakkan,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Menurutnya, jika seorang pembeli berhasrat untuk membuat pembiayaan semula pinjaman untuk mendapatkan lebihan wang, ia adalah sesuatu yang tidak digalakkan.

“Pada pandangan saya, jika pembeli membuat pembiayaan semula untuk mendapatkan lebihan wang , maka ia satu tindakan kurang bijak sebaliknya, mereka digalakkan membuat penilaian semula untuk memendekkan tempoh pinjaman,” katanya.

Menurutnya, jika pembeli meneruskan hasrat membuat pembiayaan semula untuk memanjangkan tempoh pinjaman, ia akan menyebabkan mereka terpaksa membayar pada harga lebih tinggi.

“Bayaran bulanan akan menjadi lebih tinggi kerana lebihan pinjaman dianggap seperti pinjaman peribadi selama 10 tahun,” katanya.

Zaidi berkata, satu ketika dulu, membuat pembiayaan semula untuk mendapatkan lebihan wang bagi digunakan sebagai bayaran pendahuluan hartanah lain sering digunakan pelabur hartanah namun, trend berkenaan dilihat tidak lagi sesuai.

“Dengan peraturan baru yang ditetapkan, adalah lebih baik memikirkan cara untuk menyelesaikan baki pinjaman dan bukan memanjangkan tempoh pembiayaan,” katanya.

Sumber: Metro

699 total views, 2 today

  

Langgan Newsletter RumahN9.Com

widged2

LikeBox

Mudah.my

PropertyGuru.Com

ShoutBox